Ramai terkejut coklat Toblerone sebenarnya ada gambar tersembunyi dibalik logo asalnya ini

Ramai terkejut coklat Toblerone sebenarnya ada gambar tersembunyi dibalik logo asalnya ini

Setiap produk atau perkhidmatan perlukan logo sebagai identiti bagi setiap jenama mereka namun pernahkah kita terfikir rahsia tersembunyi di sebalik imej yang hasilkan itu. Mungkin tampak ringkas tetapi ada banyak rahsia unik di balik tabir logo mereka.

Seperti baru-baru ini, menerusi hantaran di media sosial, beberapa pengguna memberitahu bahawa mereka baru menyedari terdapat gambar seekor beruang pada logo Gunung Matterhorn di bahagian tepi coklat berbentuk piramid itu.

Mereka turut membuat spekulasi bahawa gambar beruang itu akan turut ‘hilang’ selepas logo gunung tersebut dihapuskan.

Sejak 1908, Toblerone telah dihasilkan di ibu negara Switzerland, Bern, di mana beruang sering ditemui di atas Gunung Matterhorn.

Pemilik jenama coklat itu yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Mondelez, semalam mengumumkan imej gunung itu akan dihapuskan pada logonya, dan akan digantikan dengan gambar puncak alpine yang lebih generik.

Syarikat tersebut pada tahun lalu mengumumkan rancangan untuk memindahkan proses penghasilan coklat itu dari Switzerland ke Bratislava, yang merupakan ibu negara Slovakia.

Keputusan berkaitan pertukaran logo itu adalah sejajar dengan undang-undang Switzerland yang melindungi item yang didakwa berasal dari negara tersebut di bawah Akta Swissness.

Sumber

Baca : Penumpang LRT berang wanita selamba letak barang dekat tempat duduk kosong masa ramai orang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *