Ramai terkejut tengok, individu jumpa fosil karang ‘tabulate’ pada lantai pusat membeli belah Suria KLCC
Fosil ialah bangkai atau kesan tinggalan haiwan, tumbuhan dan hidupan lain yang diawet sejak zaman purbakala. Keseluruhan fosil baik yang ditemui mahupun sebaliknya, dan penemuannya dalam pembentukan batu dan lapisan batuan enapan.
Jika kita hendak melihat fosil sebenar, kita perlu pergi ke kawasan pencarian fosil tersebut.
Namun begitu, jika anda teringin untuk melihat fosil yang sebenar, anda tidak perlu lagi memikirkan masalah-masalah di atas.
Baru-baru ini telah tular sebuah hantaran daripada seorang individu yang berkongsi terjumpa fosil di lantai Suria KLCC.
Menerusi hantaran yang dihantar oleh Ah Tshen di Facebook, lelaki itu sempat mencari fosil di Suria KLCC. Fosil yang ditemui itu adalah fosil karang tabulate dapat dilihat di atas lantai pusat beli belah tersebut.
Selepas ini, dengan hanya pergi ke Suria KLCC sahaja anda sudah dapat melihat fosil dari zaman purba di lantai pusat beli belah berkenaan.
Rata-rata komen yang diberikan netizen membrikan reaksi kagum terhadap penemuan itu.