Ramai terpegun tengok wajah cantik bekas penyampai radio Linda Onn, tak dimamah usia dan masih berseri

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Ramai terpegun tengok wajah cantik bekas penyampai radio Linda Onn, tak dimamah usia dan masih berseri. Generasi 80-an dan 90-an tentu sekali familiar dengan stesen radio Era.fm. Genap 1 Ogos 2023, stesen ini menyambut ulang tahun ke-25 penubuhan mereka dengan mengadakan reunion bersama penyampai-penyampai terkenal antaranya Linda Onn, Halim Othman, Burn dan Kudsia Kahar.

Tercuit kenangan lalu pabila mendengar kembali suara penyampai Rozlindah Onn atau Linda Onn bergandingan dengan Halim Othman di program Meletop. Frekuensi Era 103.3 sampai kini masih kekal menjadi radio no. 1 negara, bermula generasi HO & LO pada tahun 1998.

Wanita jelita yang turut aktif berniaga itu secara eksklusif mengakui bahawa nama Linda Onn membawa tuah, dan nama tersebut sebenarnya diberikan oleh Halim.

Kini pada usia 45 tahun, Linda memiliki perniagaan restoran dan minyak wangi berjenama Anaricca. Wajah terbarunya ketika menghadiri majlis hi-tea buffet sempena ulang tahun ke-25 Era persis tidak berubah, nampak makin cantik dan awet muda!

Ramai terpegun tengok wajah cantik bekas penyampai radio Linda Onn, tak dimamah usia dan masih berseri

Sebagai salah satu stesen radio tanah air yang bertanggungjawab mempromosi bakat baru serta karya-karya terbaru dalam arena muzik tempatan, komitmen warga kerjanya wajar dipuji. Linda Onn sendiri turut berkongsi pengalaman lalunya sewaktu masih berkhidmat sebagai penyampai radio.

“Tahun 1998. Lahir sebuah radio. ERA nama diberi. Kami bekerja tak kira siang malam. Tak kira cuti atau hujung minggu. Bertungkus lumus menaikkan stesen menjadi nombor 1 di Malaysia.

25 tahun kemudian. Setelah masing2 dengan haluan sendiri. Kami bertemu.

Ramai terpegun tengok wajah cantik bekas penyampai radio Linda Onn, tak dimamah usia dan masih berseri

Mengenang memori terindah sebagai sebuah keluarga berlainan darah tetapi kemesraan kami terkadang melebihi ahli keluarga sendiri. ERA… Rentak Muzik Terkini – Terbaik pernah berlaku dalam hidup seorang Linda Onn.”

Menyifatkan hubungan akrab mereka di Era seperti adik-beradik, Linda Onn terpanggil berkongsi pengalamannya disunting sebagai penyampai radio, selepas diuji bakat oleh Halim sendiri.

“Waktu audition, saya diminta oleh Kudsia untuk berbual dengan Halim. Habis saja sesi uji bakat, terus mereka tanya ‘Bila saya boleh start?’

Ramai terpegun tengok wajah cantik bekas penyampai radio Linda Onn, tak dimamah usia dan masih berseri

Masa tu saya dari JB. Jadi saya cakap bagi saya masa, untuk saya berhenti kerja (bekerja dengan abang masa tu).” Linda Onn

BACA:
Tak sangka, rupanya ada pesawat lagi besar pernah terhempas di Elmina Shah Alam pada tahun 1977
Pesawat dari Langkawi terhempas di Elmina Shah Alam
Pernah melakukan hal yang sama guna GRAB, cubaan lelaki ini gagal untuk kali kedua, sanggup terjun kereta lepas kantoi

Leave a Comment