Rasa kenyal masa kunyah, lelaki rasa mual lepas jumpa bangkai cicak dalam inti samosa.
Sebuah video yang memaparkan kejadian menjijikan penemuan bangkai seekor cicak di dalam inti samosa telah menjadi tular di media sosial India.
Kejadian menjijikan ini dilaporkan berlaku di daerah Hapur, Uttar Pradesh, India, ketika seorang lelaki dan anak perempuannya sedang menikmati juadah gorengan tersebut.
Menurut laporan Ary News, lelaki yang dikenali sebagai Manoj Kumar awalnya meminta anak perempuannya, yang berusia 13 tahun, untuk membeli samosa dari kedai manisan tempatan.
Ketika anak perempuannya menikmati samosa, dia merasa sesuatu yang ganjil dan kenyal di mulutnya bersama dengan isi ubi kentang. Gadis tersebut kemudian membeleh inti samosa dan menjumpai bangkai cicak di dalamnya.
Terkejut dengan penemuan yang menjijikkan itu, gadis tersebut segera memberitahu bapanya. Ayahnya, setelah mencuba beberapa ketul samosa, tidak dapat menahan rasa mual dan geli setelah mengetahui penemuan tersebut. Mereka berdua cuba memuntahkan kembali juadah samosa yang telah ditelan.

Dalam video yang menjadi viral, lelaki tersebut terlihat cuba memuntahkan makanan yang tercemar itu di tepi jalan. Mereka juga merakam keadaan samosa yang menunjukkan dengan jelas inti yang bercampur dengan bangkai cicak.
Kecewa dengan kualiti makanan yang dibeli, mereka melaporkan kejadian tersebut kepada polis dan pegawai jabatan makanan. Mereka kembali ke kedai untuk menuntut penjelasan, namun pemilik kedai menafikan penemuan cicak tersebut. Pemilik kedai mendakwa inti berasaskan kentang itu diletak sendiri dalam samosa menggunakan tangan.
Anak perempuan lelaki tersebut kemudian dimasukkan ke hospital setelah mengalami muntah-muntah dan rasa mual. Keadaannya dilaporkan stabil.
Setelah aduan dibuat, lelaki tersebut mendakwa bahawa pegawai yang bertanggungjawab tidak mengambil tindakan terhadap pemilik kedai. Polis menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa kes ini telah didaftarkan untuk siasatan lanjut.
Hapur: Panic Arises After Lizard Found in Samosa pic.twitter.com/giGClHShQJ
— Harsh Tyagii (@tyagiih5) November 16, 2023