TerasMalaysia

RASMI Anwar Ibrahim Dilantik Sebagai Perdana Menteri ke-10

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Perdana Menteri kesepuluh.

Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan jam 1.33 petang ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan pada 5 petang hari ini.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu,Seri Paduka telah memberi perkenan untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, perlantikan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai Perdana Menteri itu, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 petang hari ini di Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda turut berpesan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan baharu Baginda yang bakal dibentuk untuk mengambil resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk merancakkan lanskap ekonomi dan pembangunan negara,” katanya dalam kenyataan itu.

Sumber: Istana Negara via Facebook

Leave a Comment