
Remaja Ini Niat Nak Healing Depan Tasik Tapi Lain Yang Jadi. Nasib Baik Ade Hero Kat Situ
Mempunyai ramai kawan adalah salah satu anugerah yang diberikan. Justeru kita haruslah menghargai kawan-kawan kita. Dalam ramai-ramai kawan semestinya ada yang sekepala dengan kita. Yang sanggup bersusah senang dengan kita. Itu yang indah dalam berkawan. Ia akan menjadi momen yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat.
Seperti video di TikTok ini apabila seorang lelaki dengan baik hati mengambil kasut rakannya yang terpelanting di dalam sebuah tasik telah mendapat tumpuan netizen.
Menerusi video tersebut dimuatnaikkan oleh @lifestyleawin, dimana video tersebut memaparkan sekumpulan rakan sedang berada di depan sebuah tasik di dalam universiti mereka.
Apa yang terjadi ialah kasut salah seorang daripada mereka terpelanting jatuh ke dalam tasik tersebut membuatkan ia terapung jauh. Situasi itu membuatkan mereka tergelak melihatnya. Selepas beberapa kali rakan-rakannya mencuba untuk mengambilnya menggunakan ranting, ia masih tidak berjaya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang rakan lelaki mereka dengan baik hatinya sanggup meredah masuk ke dalam tasik tersebut untuk mengambilnya sendiri.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kesungguhan rakannya itu dan ada yang mahu rakan seperti itu.