
Remaja Ini Perlukan Jantung Semut Untuk Eksperimen Subjek Biologi Raih Perhatian Netizen
Semut merupakan sejenis serangga yang rapat dengan kehidupan manusia. Semut terdapat diseluruh pelosok dunia terutama dikawasan beriklim tropika dan hidup berkomuniti. Semut merupakan sejenis serangga yang penting didalam ekosistem dimana semut memainkan peranan penting sebagai agen pengkomposan, agen pendebungaan, agen pengawal musuh tanaman, agen dalam membantu pereputan dan sebagainya.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan gelagat remaja yang bergurau ingin mencari semut di dalam rumput untuk buat eksperimen subjek biologi telah mencuit hati ramai.
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @hritzaimn di TikTok, dilihat gelagat dua orang remaja sedang mencari semut menggunakan kamera phone mereka.
Apa yang lebih menghiburkan adalah mereka berniat untuk mengambil jantung semut sebagai eksperimen.
Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat remaja-remaja tersebut.
Baca : “Biar Betul!”; Pemuda Ini Selamba Teguk Kicap Perisa Pedas Macam Tu Je