Rezeki Darah Manis Rider Dapat Tip Yang Banyak Lepas Hantar Makanan Ke Rumah Pelanggan Ni

Rezeki Darah Manis! ‘Rider’ Dapat Tip Yang Banyak Lepas Hantar Makanan Ke Rumah Pelanggan Ni

Bekerja sebagai seorang penghantar makanan ini bukanlah sesuatu yang mudah, terpaksa menghadapi pelbagai rintangan demi mencari sesuap nasi.

Namun jika diberi rezeki, kadangkala ada pelanggan yang baik hati memberikan tips lebih buat mereka.

Sama seperti video di TikTok ini apabila sepasang kekasih mendapat tips RM500 daripada seorang pelanggan telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang membuat permainan yang sedang viral di TikTok kepada rider makanannya.

Dapat dilihat ditangannya dia memegang dua helai kertas yang bertulis RM100 dan juga RM500. Permainan itu menyuruh untuk individu memilih sendiri sama ada bahagian atas atau bawah.

Pada awalnya, pemuda berkenaan memilih kertas di bahagian atas, namun lelaki itu menyuruh dia memilihnya semula. Kali ini, kekasihnya pula yang memilih dan mengambil bahagian bawah.

Dia kemudian terkejut selepas mendapat tahu akan menerima tips RM500 daripada lelaki tersebut. Difahamkan, pemuda itu bekerja sepenuh masa sebagai rider untuk mengumpul duit kahwin.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi pujian buat lelaki tersebut dan ada juga yang mendoakan buat pasangan tersebut.

Sumber

Baca : ’Founder’ Yang Bergelar Ustazah Buka Pautan Di Media Sosial Tentang Isu Di Atas Ranjang Dikecam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *