Rezeki masing masing jumpa pocong ada sempat rakam benda tu siap buat bunyi dekat balik pokok

Rezeki masing-masing jumpa pocong, ada sempat rakam ‘benda’ tu siap buat bunyi dekat balik pokok

Baru-baru ini, kecoh di media sosial satu video perkongsian memaparkan kemunculan makhluk halus berbalut dengan kain putih didakwa sebagai ‘pocong’.

Video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna yang menggunakan nama @rose_alin di akaun TikTok miliknya.

Video berdurasi 15 saat itu telah menunjukkan kelibat berwarna putih yang didakwa sebagai pocong mengeluarkan bunyi yang pelik.

Menerusi video itu lagi, kejadian penampakan pocong itu didakwa berlaku di sebuah kampung yang terletak di salah satu Felda di Sungkai.

“Kecoh satu kampung baru-baru ni, pocong merata-rata diorang jumpa. Lokasi salah satu Felda di Sungkai,” tulis perkongsian video lelaki tersebut.

Meninjau lanjut ke akaun tersebut, terdapat satu lagi muat naik video penampakan itu dan ditulis sebagai bahagian dua.

Dakwaan muat naik video bahagian kedua itu, terdapat beberapa orang penduduk kampung yang pernah ternampak wajah pocong tersebut dalam keadaan berulat.

Terdapat beberapa komen yang mendakwa bunyi yang menyeramkan tersebut memang betul milik pocong berkenaan.

Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada kelibat serta bunyi tersebut adalah benar.

Sumber

Baca : Wanita ini potong zakar teman lelakinya kerana takut video lucah tersebar, siap ‘pancing’ ajak pergi hotel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *