Rezeki ‘terpijak’ pemandu teksi, penumpang bagi RM5,000 untuk perjalanan ke lapangan terbang

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Rezeki ‘terpijak’ pemandu teksi, penumpang bagi RM5,000 untuk perjalanan ke lapangan terbang.

Seorang pemandu teksi terperanjat apabila seorang penumpang memberikannya dua keping wang kertas €500 (RM2,533), menyebabkan dia menerima sebanyak €1,000 (RM5,067) sebagai tambang untuk perjalanan hanya dalam masa 30 minit, dilaporkan oleh portal berita Thaiger kelmarin.

Pemandu tersebut berkongsi kisahnya dalam kumpulan sembang Pemandu Teksi Thailand di Facebook.

Baginya, perjalanan tersebut bermula dari Lapangan Terbang Don Mueang ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok dengan tambang sebanyak 677 baht (RM89.07).

Rezeki 'terpijak' pemandu teksi, penumpang bagi RM5,000 untuk perjalanan ke lapangan terbang

Penumpang tersebut meminta agar pemandu tersebut tiba di destinasi dalam masa 30 minit dan menjanjikan bayaran istimewa jika dia sampai tepat pada masanya serta tidak terlepas penerbangannya, seperti yang dilaporkan oleh laman berita Sanook.

Walaupun begitu, beberapa netizen mempersoalkan kesahihan wang kertas €500 tersebut kerana wang tersebut jarang digunakan dan tidak beredar dalam pasaran selama beberapa tahun.

Namun, pemandu teksi tersebut memberi jawapan bahawa wang tersebut adalah tulen.

BACA:
Satu bandar panik! Singa sarkas melarikan diri dan berkeliaran di jalan-jalan
Maksud sebenar bandung dan belanda yang digunakan untuk durian dan mi yang ramai salah faham
Pendaki terpaksa diselamatkan guna helikopter, sesat gara-gara guna Google Maps

 

Leave a Comment