Rider Kreatif Ini Buat Cup Holder Supaya Minuman Customer Tak Tumpah Dipuji Ramai
Kerjaya sebagai penghantar makanan atau rider semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya golongan muda kerana mempunyai jadual kerja yang fleksibel. Selain itu, mereka juga perlu memastikan makanan yang dibawa tidak tumpah semasa di atas jalan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang rider menginovasikan caranya menghantar minuman telah mencuri tumpuan.
Apa yang lebih mengagumkan adalah apabila dia dilihat membeli cawan dan mengikat kesemua cawan itu di dalam begnya. Tujuan rider itu berbuat sedemikian adalah kerana untuk mengelakkan minuman customer daripada tertumpah.
Ramai yang memuji rider itu kerana kebanyakan pelanggan pernah mengalami air tumpah apabila rider telah sampai ke rumah mereka.
“Ciri ciri orang bekerja dgn ikhlas. goodjob bro effort 100 pastikan amanah makanan orang sampai dgn selamat” – Netizen
Baca : Ingatkan Ular, Rupanya Cacing Tanah Terbesar Didunia Ditemui Oleh Pekerja Ini Buat Ramai Terkejut