Rider langgar bontot MPV mewah, tapi tindakan rider ini buat owner kereta tak jadi nak minta ganti rugi
Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok apabila seorang rider penghantar makanan telah melanggar kereta seorang individu.
Dia yang dikenali sebagai Andrew Cheah itu kemudian keluar dari kenderaan jenis MPV miliknya sejurus berlaku kemalangan kecil itu untuk memeriksa jika terdapat kerosakan.
Dia kemudian mendapati perlanggaran tersebut menyebabkan bahagian ‘skirting’ kenderaannya terkeluar dari kedudukan asal.
Dalam masa yang sama, pekerja penghantaran makanan yang melanggar kenderaannya turut memarkir motosikal serta berdiri di sisinya untuk memohon maaf dan mahu membayar ganti rugi akibat kemalangan tersebut.
“Kenapa tadi kamu tak lari?” tanya Andrew kepada pemuda yang berada di sisinya, ketika mereka sama-sama meletakkan kenderaan di tepi jalan.
“Saya dah buat salah, takkan nak lari,” jawab pemuda berkenaan pula.
“Kenapa tadi kamu tak lari?” tanya Andrew kepada pemuda yang berada di sisinya, ketika mereka sama-sama meletakkan kenderaan di tepi jalan.
“Saya dah buat salah, takkan nak lari,” jawab pemuda berkenaan pula.
Selepas mendengar jawapan pemuda itu, Andrew akhirnya berkata dia tidak mahukan wang atau ganti rugi, sebagai balasan atas ketulusan hati pemuda itu.
Tindakan kedua-dua pihak itu telah mendapat pujian netizen. Seorang mengaku kesalahan dan bertanggungjawab ke atasnya. Manakala seorang lagi memaafkan pesalah tanpa sebarang syarat walaupun terpaksa menanggung sedikit kerugian.