‘Rider’ Tunjuk Gangster Nak Hayun Helmet Dekat Orang Tua Sebab Lagu Kuat Masa Buat Hari Keluarga
Baru-baru ini kecoh satu insiden melibatkan seorang rider dipukul beramai-ramai dengan sekumpulan individu berpakaian merah telah menjadi perhatian ramai apabila pelbagai versi cerita didengar.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah resort di Batu Pahat Johor dan video berkenaan telah disunting sebelum dikongsikan kepada orang ramai.
Menerusi perkongsian yang dibuat, pihak kumpulan berbaju merah memberikan penjelasan punca perkara yang berlaku.
Ujar wanita itu, sebenarnya mereka sedang mengadakan hari keluarga di kawasan tersebut dan sudah memaklumkan awal kepada pihak pengurusan resort berhubung aktiviti yang ingin dilakukan.
Namun, pada hari kedua sewaktu mengadakan sukaneka, mereka telah didatangi oleh wanita didalam video tersebut bersama anaknya dan memarahi mereka kerana membuat bising dengan memasang muzik dengan kuat.

“Pada hari kedua kami ada buat sukaneka, muzik pula dipasang agak kuat. Ketika itu ada seorang mak cik datang bersama anaknya mandi kolam, tetapi kami biarkan.
“Namun selepas itu, wanita tersebut seolah-olah tidak berpuas hati dengan bunyi bising tersebut sebelum memarahi kami supaya memperlahankan bunyi muzik. Padahal kami telah sewa ‘full’ tempat tersebut,” kata.
Selepas beredar kira-kira 10 minit dalam keadaan marah, dia datang dengan seorang rider dan mencuba menghayun topi keledar ke arah warga emas yang berada disitu.
Hal ini disebabkan rasa tidak puas hati rider terbabit selepas isterinya mengatakan dimarah sewaktu menegur bunyi bising tersebut.
Selang 10 minit wanita tersebut datang bersama seorang rider dan terus membuat kacau di majlis kami seperti gangster. Rider tersebut turut bertanya siapa yang kacau isteri dia.
“Dalam situasi agak tegang itu, rider tersebut cuba menghayunkan topi keledar ke arah ayah saya, namun sempat ayah tahan perbuatan lelaki terbabit,” ujarnya.
Ujarnya, video tersebut telah disunting oleh seseorang dan tidak memperlihatkan keadaan sewaktu rider berkenaan menghayunkan topi keledar.
Baca : Ah Long Mirip ‘Song Joong-ki’ Dapat Hidayah, Kini Jadi Pendakwah