Rosmah bengang dengan photographer, ambil gambar bukan main, hasil tak memberangsangkan
Datin Seri Rosmah Mansor dibenar ke luar negara selama enam minggu untuk melawat ahli keluarga termasuk seorang cucu yang sakit di Singapura selepas Mahkamah Rayuan memulangkan sementara pasport yang ditahan berkaitan kes jenayah yang dihadapinya.
Ketika beliau baru tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya jam 9.30 pagi semalam, sudah semestinya terdapat jurufoto dari media tempatan berkumpul untuk membuat liputan.
Rakaman ketibaannya itu dikongsikan menerusi satu akaun TikTok, dalam video yang berdurasi 20 saat itu dilihat Rosmah Mansor ada menegur jurufoto dan ianya telah menarik perhatian netizen.
“Why you so interested with me? Lepastu bawa keluar gambar yang seburuk-buruk alam.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang begitu terhibur dengan cara sempoi Rosmah Mansor sound jurufoto itu. Dalam pada itu, ada juga yang menyokong kata-kata Rosmah Mansor itu dengan mempertikai dan mempersoal mana-mana pihak yang hina rupanya.