TerasMalaysia

‘Roundabout’ Neraka, Empat Penunggang Motosikal Jatuh Dakwa Berpunca Daripada Tumpahan Minyak

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

‘Roundabout’ Neraka, Empat Penunggang Motosikal Jatuh Dakwa Berpunca Daripada Tumpahan Minyak

Selain permukaan jalan yang basah akibat hujan, jalan raya dilitupi lapisan minyak turut menjadi salah satu ‘mimpi ngeri’ buat penunggang motosikal.

Baru-baru ini tular satu rakaman video dashcam yang dimuat naik oleh akaun Facebook Yu KH di mana kira-kira empat orang penunggang motosikal tergelincir dan terjatuh didakwa berpunca tumpahan minyak semasa melalui persimpangan di Bulatan Gok Kapur, Kota Bharu, Kelantan.

Kejadian yang mula berlaku pada 8.47 pagi itu apabila ada seorang penunggang motosikal tergelincir lalu terjatuh ke atas jalan raya. Dua minit selepas itu, ketika mangsa sedang membuat panggilan telefon, datang seorang penunggang motosikal berbaju merah terjatuh di hadapannya.

Baca: Pengeluaran KWSP bersasar, kali ini bukan seperti i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Kemudian datang sebuah SUV hitam Hyundai Tucson berhenti di tepi persimpangan itu untuk membantu penunggang motosikal yang baru sahaja terjatuh itu.

Ketika kedua-dua penunggang motosikal sedang menunggu pihak berkuasa, dua lagi penunggang motosikal terjatuh serentak di hadapan mereka.

‘Roundabout’ Neraka, Empat Penunggang Motosikal Jatuh Dakwa Berpunca Daripada Tumpahan Minyak

Orang ramai yang mula menyedari insiden itu segera menghampiri kesemua mangsa-mangsa untuk memberikan pertolongan awal.

Kira-kira jam 9.15 pagi, sebuah van EMRS dan ambulans tiba ke lokasi kejadian untuk menghantar mangsa-mangsa bagi mendapatkan rawatan susulan.

Kemudian pasukan bomba membersihkan permukaan jalan raya yang dipercayai mempunyai kesan tumpahan minyak bagi mengelakkan kemalangan sama berulang lagi.

Netizen berasa simpati terhadap kesemua penunggang motosikal

Netizen berasa simpati terhadap kesemua penunggang motosikal yang menjadi mangsa ‘malang yang tak berbau’ itu dan berharap agar mereka dapat segera pulih seperti sediakala.

Orang ramai turut meminta agar pemilik dashcam dapat membantu berkongsi rakaman video awal untuk mengenal pasti sama ada tumpahan minyak itu berlaku disebabkan kebocoran daripada mana-mana kenderaan yang melalui kawasan tersebut atau ia satu perbuatan khianat.

Leave a Comment