R&R jual makanan lama, ramai kembang tekak tengok wanita ini hampir-hampir makan burger yang dah berulat. HAJAT seorang wanita mahu menikmati burger daging yang nampak menyelerakan terbantut apabila dia menemui puluhan ulat di dalam makanan segera yang dibelinya itu.
Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, kelihatan begitu banyak ulat berkeliaran di sebalik roti dan daging burger.
“Kau tengok tu… eeiii nasib baik anak aku tak makan!” demikian reaksi wanita berkenaan sambil menunjukkan ulat pasa burger berkenaan.
Difahamkan, burger daging tersebut dibeli dari sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R).
“Hati-hati la korang ye, yang singgah R&R tu kalau nak beli makanan segera periksa la betul-betul.
“Penganiaya kepada orang. Kejadian terkena pada sahabat aku sendiri. Korang tak nak tahu ke R&R mana? Kot la korang pernah singgah,” tulisnya menerusi keterangan video.
Lokasi premis makanan bagaimanapun tidak dinyatakan dalam video berdurasi 19 saat itu sehingga menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.
Menjawab persoalan netizen di ruangan komen, dia yang merupakan peniaga produk kecantikan memaklumkan penjual tersebut mendakwa burger yang dijual masih baharu.
“Kawan saya tanya pada orang yang jual tu, burger baharu ke? Dan dia jawab ye kakak, burger baharu semua,” tulisnya yang menambah kejadian berlaku pada Jumaat.
Perkongsian video tersebut ternyata membuatkan ramai berasa jijik dan geli.
“Kemain dah besar ulat pun. Aku tak boleh nampak ulat, nak pengsan.
Sementara itu, netizen turut mengesyaki ‘burger berulat’ itu sudah lama dimasak berikutan sesetengah peniaga mengamalkan konsep dengan memasak makanan lebih awal dan membungkusnya untuk sedia dibeli pelanggan.
@jemahbukanaku HATI³ LAH KORG YE,YG SINGGAH RNR TU KALO NAK BELI MAKANAN SEGERA TU CEK LAH BETUL³..NI PENAYA ORG NI.KEJADIAN TERKENA PD SOBAT AQ SNDIRI.korg xnak tau ke rnr mane?kot³ lah korg penah singgah..ehekkk #makjemah08 #tutuwakwaksendu #jemahbuathal #libra #ulat ♬ original sound – Jemah Senah