TerasMalaysia

Rugi Lebih RM100,000 Kerana Macau Scam

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Rugi Lebih RM100,000 Kerana Macau Scam

Lagi mangsa terjerat dengan helah Macau Scam, kali ini membabitkan seorang pesara wanita di sini yang mendakwa kerugian RM128,037 akibat diperdaya sindiket itu yang menyamar sebagai pegawai mahkamah Pulau Pinang, 14 Disember lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, berdasarkan laporan, wanita berusia 60-an itu menerima panggilan telefon daripada suspek terbabit.

Katanya, suspek mendakwa bahawa mangsa mempunyai saman mahkamah kerana tidak membayar tunggakan Touch ‘n Go sebanyak RM11,800.

“Mangsa disambungkan kepada beberapa individu yang menyamar sebagai polis dan individu terbabit memberitahu mangsa mempunyai rekod kes jenayah.

“Mangsa kemudiannya diminta untuk memindahkan wang bagi mengelakkan akaun mangsa dibekukan.

“Mangsa kemudiannya mengikut arahan suspek yang menyebabkan kerugian sebanyak RM128,037,” katanya.

Dalam kes terbabit, Ramli berkata, pihaknya menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan panggilan telefon daripada individu tidak dikenali.

Katanya, pada masa sama, mereka perlu membuat semakan terperinci sebelum bertindak.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya jangan sesekali membenarkan akaun bank digunakan oleh orang lain atau menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) atau nombor TAC kepada pihak lain untuk digunakan bagi apa saja urusan,” katanya.

Gambar Hiasan

Derita Bekerja Sebagai ‘Scammer’ Di Myanmar Didedahkan

Leave a Comment