TerasMalaysia

Rupanya ada kisah dan rahsia disebalik kejayaan A&W yang ramai tak tahu, masih digunakan sampai sekarang

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Rupanya ada kisah dan rahsia disebalik kejayaan A&W yang ramai tak tahu, masih digunakan sampai sekarang. Meskipun berdepan saingan sengit dan pandemik Covid, namun restoran makanan segera A&W masih lagi terus bertahan di Malaysia.

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana A&W boleh bertahan lama. Sebelum itu, jom throwback dulu bagaimana A&W dibuka di Malaysia memetik perkongsian The Boss Asia.

A&W dibuka di Malaysia selepas pasangan dari Amerika, Al dan Geri Lieboff makan aiskrim tak sedap di Thailand (masa tu di AS, A&W terkenal dgn aiskrim sedap).

Rupanya ada kisah  dan rahsia disebalik kejayaan A&W yang ramai tak tahu, masih digunakan sampai sekarang

Cawangan 1st dibuka di Jalan TAR pada 1963. Pada 1965, A&W buka restoran drive-thru 1st di PJ. Pada 2001, A&W Malaysia dibeli oleh KUB Malaysia Berhad. Tetapi persaingan agresif dari Golden Arches dan QSR membuatkan A&W hilang syer pasaran.

Masalah operasi (kebersihan, kualiti makanan), harga produk dan branding juga menyumbang revenue A&W.

A&W Malaysia pernah berada di titik paling bawah dimana ada 26 cawangan yang merekodkan kerugian RM61.86 juta pada 2011.

Kemudian KUB menjual 100% syer pemilikannya kepada Inter Mark Resources Sdn Bhd (IMRSB) pada harga RM34 juta.

Untuk pengetahuan anda, IMRSB dimiliki oleh George Ang, tauke Manhattan Fish Market, Tony Roma’s dan NY Steak Shack di Malaysia, Singapura dan Thailand.

Selepas membeli A&W di Malaysia, George Ang terus membuat 3 perubahan ini iaitu daripada menggantikan ayam frozen kepada ayam segar, memastikan semua cawangan ada set sarapan dan banyakkan drive-thru.

Namun, pada 2022 IMRSB menjual 51 peratus syer kepada Pan Malaysia Corp Berhad dan mereka bertindak sebagai silent partner dan investor.

Kemudian pandemik melanda negara sekaligus membuatkan A&W rugi, namun meskipun rugi, tetapi kerugiannya menurun daripad RM3.03 juta (2019) kepada RM2.62 juta (2020).

Malah, kegurian tersebut disebabkan kos pengembangan dan bukan disebabkan perbelanjaan operasi.

Pada tahun 2022, A&W Malaysia konsisten merekodkan sales revenue atas RM11.69 juta sebulan.

Pada 2023, A&W Malaysia menyasarkan pendapatan jualan RM20.8 juta sebulan. Bagaimana nak capai target ini?

Ini antara 4 strategi yang dilakukan oleh A&W:

1) Pastikan produk ada 50-55% margin

Pandemik buatkan kos barang A&W Malaysia naik 20%. Untuk untung tanpa buat customers lari, A&W Malaysia buat 2 langkah:
– naikkan harga produk 5-7%
– buat MENU ENGINEERING

Apa itu MENU ENGINEERING?

Kajian profitability vs popularity setiap menu untuk menentukan placement di menu board.

1. Kira kos setiap produk

2. Kategorikan produk ikut profitability vs popularity

Star: high profitability and high popularity
Horse: low profitability and high popularity
Puzzle: high profitability and low popularity
Dog: low profitability and low popularity

3. Design menu baru

– Dalam menu A&W Malaysia Root Beer (highest margin product) sentiasa akan jadi front & center di menu
– Cheaper protein (fish) digandingkan dengan expensive protein (chicken) dalam satu menu
– promo sentiasa melibatkan burger berbanding set ayam

4. Test!

Quality > everything dalam F&B (1/2)

Meskipun kos naik 5% (dan profit margin turun) bila tukar frozen chicken ke fresh chicken, A&W Malaysia bertaruh customer akan ingat kualiti produk bila harga ayam mula stabil pada tahun2 akan datang.

Quality > everything dalam F&B (2/2)

Masa zaman KUB, A&W Malaysia serve RB guna recyclable paper cups sebab mug selalu kena curi. Sekarang, A&W Malaysia pakai mug semula sebab customer purchase akan meningkat bila pakai mug.

Faster checkout untuk survive margin kecil
Since margin F&B tipis, A&W Malaysia perlu naikkan volume. Caranya:
– Banyakkan drive thru & deliveries
– Banyakkan self-ordering system
– Pastikan ‘dine-in only’ product (waffle) boleh di-tapau
– buka 15-20 cawangan baru setiap tahun

Explore underserved market
– A&W Malaysia melaporkan outlet Alor Setar pernah buat sales RM60,000 sehari – rekod paling tinggi di Malaysia. Antara market yang A&W Malaysia akan explore: Sabah, Sarawak
– cawangan di bandar kecil berbanding bandar besar
– akan perkenalkan plant based meat

BACA:

Lelaki ini jatuh secara tiba-tiba ke ruangan masjid dari tingkat dua, terkejut para jemaah yang ada disitu

Tiktoker buat benda memalukan masa Hari Terbuka Armada, ramai tak puas hati dengan tindakan yang dilakukan

Terlalu terbuka dan memburukkan imej Islam, Fatin Fauzi bakal berdepan dengan JAKIM

Leave a Comment