Rupanya Amy Search ada anak dara yang berada diluar negara, saing-saing Nabila Huda

Rupanya Amy Search ada anak dara yang berada diluar negara, saing-saing Nabila Huda

Ramai mengenali Nabila Huda sebagai anak rocker, Amy tetapi rupa-rupanya penyanyi Search itu ada lagi anak perempuan di Amerika Syarikat (AS).

Difahamkan anak Amy Search, Irisha Myra ini tinggal bersama ibunya di Houstan, Texas dan jarang bertemu bapanya, Amy Search selepas bercerai ketika Irisha masih kecil, hanya berusia 3 tahun.

Irisha dan Nabila Huda adik-beradik berlainan ibu. Ibu Irisha adalah isteri ketiga kepada Amy Search. Raut wajahnya dengan Nabila Huda tak jauh beza.

Apa yang menarik, Irisha mendapat pujian isteri Amy sekarang dan melalui media sosial dia memuji Irisha sebagai orang muda yang pandai membawa diri dan bersopan walaupun dibesarkan di AS.

“ Buat masa ini saya lihat Irisha lebih minat dalam bidang pelajarannya di Universiti Houston, jadi biarlah dia tentukan apa yang ingin dilakukan dalam kehidupan dan masa hadapannya,” jelas Amy kepada media tempatan.

Kecantikan Irisha benar-benar terserlah sebaik meningkat dewasa. Ramai yang memuji wajahnya yang mewarisi kecantikan ibunya yang juga bekas isteri Amy iaitu Roslisa Ahmad.

Baca : Pemuda jumpa kepala tikus lepas habis makan nasi kukus, mula-mula ingat kan ayam salut kuah

Leave a Comment