RXZ semakin menggila, kalau motor cecah puluhan ribu, ini harga bagi serdak karatnya
Pada 2011, YAMAHA RX-Z telah tamatkan pengeluaran selepas bertahan lebih 20 tahun di pasaran. Sekarang, RX-Z sudah dimasukkan dalam produk motosikal langka (rare) yang menyaksikan harga jualan model itu mula perlahahan-lahan meningkat hingga mencecah belasan dan puluhan ribu ringgit.
Fenomena terhadap motosikal itu kini semakin ‘menggila’ apabila ada individu yang sanggup menjual ‘serpihan karat’ motosikal tersebut pada harga RM2,500.
Di Facebook, individu yang berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur telah mengiklankan serpihan besi tersebut di beberapa kumpulan permotoran.
Menurut individu tersebut serpihan karat itu berasal dari sebuah motosikal Yamaha RX-Z keluaran tahun 1986.
PETALING JAYA – Sebelum ini harga sebuah motosikal Yamaha RXZ sama menjadi bualan ramai apabila mencecah puluhan ribu ringgit walaupun harga asalnya jauh lebih rendah. Namun, fenomena terhadap motosikal itu kini semakin ‘menggila’ apabila ada individu yang sanggup menjual ‘serpihan karat’ motosikal tersebut pada harga RM2,500. Menerusi perkongsian di laman Facebook, individu yang berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur telah mengiklankan serpihan besi tersebut di beberapa kumpulan permotoran.Menurut individu tersebut serpihan karat itu berasal dari sebuah motosikal Yamaha RXZ keluaran tahun 1986. “Serpihan karat RXZ 135. Serpihan original (asal) dari motor tahun 1986. Sesuai untuk yang nak ‘restore’, body (kerangka) dulu tak pernah repaint (cat semula). “Dapat macam dalam gambar (skup kuning tidak termasuk. Boleh towing seluruh Malaysia, serpihan dari pemilik pertama. “RM2,500 nego, nak tengok depan-depan boleh COD (bayar semasa penghantaran) sekitar Kelantan. Pembeli serius sila WhatsApp,”tulisnya. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam individu tersebut yang dikatakan sangat melampau dan iklan tersebut sebagai tidak masuk akal. “Aku rasa ini saja yang ‘troll’ supaya pengguna mengecam penjual terutamanya dari Pantai Timur,”kata Aman Razak ll. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Tok Ayah Honda. “Kalau betul iklan ini dan ada orang beli, tak tahu nak cakap apa, mungkin lepas ni lagi menggila harga RXZ,” ujarnya. Sehingga kini Kosmo! tidak pasti sama ada iklan itu betul-betul wujud atau hanya sekadar ‘troll’ yang sengaja dicipta oleh individu yang tidak bertanggungjawab. #serpihan
“Serpihan karat RXZ 135. Serpihan original (asal) dari motor tahun 1986. Sesuai untuk yang nak ‘restore’, body (kerangka) dulu tak pernah repaint (cat semula).
“Dapat macam dalam gambar (skup kuning tidak termasuk. Boleh towing seluruh Malaysia, serpihan dari pemilik pertama.
“RM2,500 nego, nak tengok depan-depan boleh COD (bayar semasa penghantaran) sekitar Kelantan. Pembeli serius sila WhatsApp,”tulisnya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam individu tersebut yang dikatakan sangat melampau dan iklan tersebut sebagai tidak masuk akal.
“Aku rasa ini saja yang ‘troll’ supaya pengguna mengecam penjual terutamanya dari Pantai Timur,”kata Aman Razak ll.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Tok Ayah Honda.
“Kalau betul iklan ini dan ada orang beli, tak tahu nak cakap apa, mungkin lepas ni lagi menggila harga RX-Z,” ujarnya.
Tidak pasti sama ada iklan itu betul-betul wujud atau hanya sekadar ‘troll’ yang sengaja dicipta oleh individu yang tidak bertanggungjawab.