TerasMalaysia

Sadis! Cctv merakam kejadian budak berusia 5 tahun maut diserang anjing liar

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Sadis! Cctv merakam kejadian budak berusia 5 tahun maut diserang anjing liar

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat diserang oleh sekumpulan anjing di daerah Khammam, Telangana, India pada Ahad, menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Mangsa dikenali sebagai Banoth Bharath diserang anjing liar itu ketika sedang bermain dengan rakan-rakannya pada waktu petang.

Usaha ibu bapanya, B. Ravinder dan Sandhya untuk menyelamatkan anaknya gagal apabila Bharath meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Serangan anjing liar di Telangana semakin menunjukkan peningkatan kebelakangan ini dengan sebuah lagi daerah di Hyderabad turut berhadapan dengan isu sama.

Bulan lalu, seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut selepas diserang anjing liar di kawasan tersebut.

Selang beberapa hari kemudian, seorang lagi budak lelaki berusia empat tahun turut diserang anjing liar di Koloni Maruti Nagar, Hyderabad, India namun mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Susulan isu berkenaan, Mahkamah Tinggi Telangana telah mendakwa badan perbandaran Hyderabad berhubung kematian ngeri seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dalam serangan anjing liar di bandar tersebut.

Ketua Hakim Negara, Ujjal Bhuyan meletakkan kesalahan terhadap Greater Hyderabad of Municipal Corporation (GHMC) atas kematian kanak-kanak terbabit dan bertanya apakah langkah yang diambil untuk mengurangkan insiden serangan anjing liar.

Namun, masih belum ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkenaan dengan kejadian itu nyata mengundang ketakutan dalam kalangan masyarakat di kawasan terbabit.

Sumber

Baca : Inilah wajah terbaru pelakon iklan merdeka 15 tahun dulu, masing-masing pandai melaram dah

Leave a Comment