Sajat ditanya ketika live tentang status agamanya, jawapan yang diberikan buat ramai terdiam

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Sajat ditanya ketika live tentang status agamanya, jawapan yang diberikan buat ramai terdiam

Menerusi sesi live baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah mempersoalkan mengenai status agama usahawan dan pempengaruh media sosial, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Kebiasaanya, Sajat akan berkomunikasi dengan penonton yang masuk ke sesi siaran langsung itu dengan menjawab soalan-soalan yang diajukan.

Bagaimanapun, Sajat enggan menjawab soalan tersebut kerana merasakan netizen tidak sepatutnya mempersoalkan agamanya.

Malas nak cakap.. saya tak nak jawab soalan tu sebab saya rasa soalan tu tak sepatutnya saya jawab.

Usahawan yang berusia 38 tahun itu turut mengajukan soalan kepada netizen mengapa mereka gemar bertanyakan soalan begitu.

Oh sebab baju saya seksi sangat kot? sebab baju saya kan macam wanita-wanita ke neraka. Baju tak mencium bau syurga orang kata…

Sebelum ini, Sajat pernah dikritik oleh netizen kerana tayang foto berbikini di laman Instagram miliknya sewaktu Hari Arafah kerana tidak menghormati umat Islam.

Sumber

Baca : 
Gara-gara melanggar etika pemakaian, pihak restoran di KL minta pelanggan pakai kain sarong sebelum masuk
Pembeli terkejut jumpa cicak dalam nasi lemak beli di gerai tepi jalan, mati-mati ingat ikan bilis

Leave a Comment