Sajat trauma hampir dirogol sampai tak buka kedai kerajaan sana buat sesuatu untuknya

Sajat trauma hampir dirogol sampai tak buka kedai, kerajaan sana buat sesuatu untuknya

Usahawan Malaysia yang bertapak di Australia, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau popular dengan panggilan Sajat berdepan detik cemas apabila hampir diperkosa oleh seorang lelaki di premis perniagaan miliknya pada 17 Februari lalu.

Menurut usahawan berusia 38 tahun itu, dia mengalami keresahan dan kemurungan akibat daripada kejadian tersebut sehingga perlu menjalani rawatan terapi berkaitan kesihatan mental.

Melalui hantaran di Facebook, Sajat menceritakan kisahnya diugut serta hampir menjadi mangsa rogol seorang lelaki berbangsa Arab.

Difahamkan daripada perkongsiaan usahawan tersebut, sudah beberapa hari dirinya tidak membuka kedai akibat masih trauma dan anxiety setelah melalui detik hitam itu.

Sajat berkata, bagaimanapun suspek yang dikatakan berbangsa Arab itu sudah berjaya ditahan sekali gus menjadi siasatan pihak polis negara tersebut.

Sajat berkata suspek sebelum ini pernah menjadi pelanggan di premisnya yang dipercayai menyediakan rawatan kecantikan seperti ‘waxing’ atau membuang bulu pada bahagian tubuh badan.

Suspek kemudian kembali sekali lagi seolah-olah mahu mengambil kesempatan sebelum ‘menyerang’ usahawan berkenaan ketika bersendirian di premis pada hari kejadian.

“Fizikalnya (suspek) besar, tinggi.. dia terkam (cekik) leher, tampar muka. Saya tak melawan sebab kalau buat begitu, keadaan akan jadi lebih teruk” ujarnya.

Namun, Sajat tidak berkongsi lebih lanjut detik-detik dia melepaskan diri tetapi bersyukur kerana mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dijadikan sebagai bukti.

Sumber

Baca : Inilah punca kenapa banyak jenama popular guna warna merah untuk logo mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *