Salah satu punca kenapa kita selalu mimpi arwah yang kita sayang, ada kena mengena dengan amalan
Kehilangan orang tersayang dalam keluarga amat memeritkan. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja tahu bagaimana peritnya rasa itu.
Apatah lagi, jika kehilangan kedua-dua insan yang telah melahir dan membesarkan kita. Sesungguhnya, ibu dan ayah tiada galang gantinya.
Kadangkala apabila terlalu rindu, segala kenangan manis bersama mereka seakan-akan terlayar di ruang fikiran. Malah, ada yang bermimpi ibu bapa mereka yang telah tiada.
Walaupun sebahagian masyarakat yang menganggap mimpi hanya mainan tidur, tetapi masih ada yang percaya bahawa mimpi membawa petanda tertentu. Tidak kiralah sama ada baik ataupun sebaliknya.
Ini sebab jarang mimpi arwah mak ayah.. Ramai yang tak tahu..
Mak mertua saya pernah tanya saya “Halil selama mak meninggal berapa kali mimpi mak arwah mak?” Saya jawab dengan nada sedih..” Ermm baru 2 kali, mama..seminggu selepas mak meninggal dan masa Halil sibuk kerja sebelum kawin.. Kenapa, mama?
Mak mertua saya kata..”Maknanya Halil anak yang baik yang sentiasa bagi dia pahala dan amal dalam kubur.. Kalau Halil kerap sangat mimpi tu tandanya dia tak senang kat alam sana dan dia nak amalan dan doa daripada Halil..”
Owh.. Saya baru faham ingat selalu mimpi mak tanda mak sayang kat kita.. Rupanya bukan.. Ya, Allah..
Saya terus bergenang air mata teringat balik.. Mungkin kali pertama seminggu lepas mak saya meninggal sebab rindu.. Yelaa.. Masa mak saya sakit kat Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru masa tu saya dah 18 tahun.. Masa tu saya masih mak saya suapkan makan.. Manja sangat ngan arwah mak.. Tapi kali kedua saya mimpi saya ingat masa tu saya sibuk sangat.. Business tengah maju.. Duit belas ribu dapat untung masa tu.. Tapi sedih masa tu saya jarang bukak Quran.. X baca Quran.. Saya lalai sangat masa tu..

Baru saya faham bila mak mertua saya cakap macam tu.. Ya Allah.. Sebenarnya mak kita yang dah meninggal dunia mereka sangat dahagakan amalan dan doa daripada anak-anak yang soleh.. Saya pernah dapat nasihat daripada Prof Dr Razali Nawawi Presiden ABIM yg pertama.. Dia kata “Kholil.. Niatkan puasa kita solat kota sedekah kita semua untuk mak ayah kita.. Sebba mungkin dalam hidup mereka mereka pernah tinggalkan puasa tinggalkan solat..”
Ya Allah.. Rindunya arwah mak.. Rindu sangat-sangat.. Adik buat dakwah.. Adik ceramah pada pelajar-pelajar untuk jadi baik.. Adik baca Quran.. Adik buat sedekah infaq semua adik nak niatkan untuk mak dan ayah.. Mak.. Maafkan adik.. X sempat khidmat mak sepenuh hati adik.. Mak.. Maafkan adik.. Mungkin adik pernah buat mak kecil hati dan nangis sebab adik.. Mak suka dengar adik baca Quran masa adik kecik.. Nanti dalam syurga adik bacakan Quran untuk mak depan mak ya… Huhuk.. Rindu mak sangat…

Ya Allah tenangkan mak ayah kami di alam barzakh.. Letakkan mereka di kalangan orang-orang beriman.. Jangan lah kau azab mak ayah kami.. Amiiin…