TerasMalaysia

Sangat menarik dan unik, pengantin ini jadikan sayur-sayuran sebagai ‘doorgift’ untuk para tetamu yang hadir majlis

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Sangat menarik dan unik, pengantin ini jadikan sayur-sayuran sebagai ‘doorgift’ untuk para tetamu yang hadir majlis.

Satu rakaman video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah majlis perkahwinan menjadikan sayur-sayuran sebagai cenderahati untuk dibawa pulang oleh tetamu.

Laman berita SindoNews melaporkan, video itu dikongsikan dalam akaun TikTok @kamaniya.organizer semalam.

Pasangan pengantin bernama Andini dan Tirta mengedarkan cenderahati berupa sayur-sayuran pada majlis perkahwinan mereka.

Pelbagai jenis sayuran segar disediakan termasuk sawi, terung, lobak merah dan kacang panjang.

Tetamu majlis itu dibenarkan membawa pulang seberapa banyak sayur yang mereka suka.

Sangat menarik dan unik, pengantin ini jadikan sayur-sayuran sebagai 'doorgift' untuk para tetamu yang hadir majlis

Pengurusan majlis itu malah menyediakan beg plastik kepada tetamu undangan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Si suami mesti memilih sayur sesuai pesanan isterinya,” komen seorang netizen.

“Ibu saya mesti seronok kalau pergi ke sana,” komen netizen lain.

BACA:
Gara-gara tak dapat bagi isteri duit belanja sebab masalah kewangan, lelaki nekad buat laporan palsu konon disamun
Lelaki pernah terperangkap dalam gudang ketagih simen, siap bancuh dalam air dan campur dalam makanan selama 3 tahun
Video ahli politik berbaring atas katil dengan pasangan tersebar, bakal bertanding merebut kerusi parlimen lagi sebulan

Leave a Comment