Sangka suami isteri tengah didik anak, jiran terkejut dapat tahu mangsa didera hingga lebam-lebam oleh ibu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Sangka suami isteri tengah didik anak, jiran terkejut dapat tahu mangsa didera hingga lebam-lebam oleh ibu

Beberapa jiran kepada kanak-kanak lelaki tujuh tahun yang disyaki menjadi mangsa dera di Bandar Layang Kasa, di sini, mendakwa lebih kerap mendengar tangisan dan raungan “Iman” dipercayai akibat dimarah dan dipukul, sejak dua minggu kebelakangan ini.

Seorang jiran, Wan Noor Badri Wan Yahya, 38, berkata jiran sekeliling mula mendengar kedua wanita tersebut memarahi kanak-kanak yang dipanggil Iman itu pada 30 Jun lalu selepas mangsa dipercayai “terlepas” keluar bermain di luar kawasan rumah yang didiami mangsa.

Dia yang tinggal berhadapan rumah mangsa berkata selepas kejadian itu, mereka kerap terdengar suara jeritan dan tangisan mangsa dipercayai akibat dipukul, sejak ibu mangsa dan rakannya menyewa di situ sejak April tahun ini.

Menurutnya, pergaulan Iman dengan kanak-kanak lain termasuk anaknya juga agak terbatas dengan kanak-kanak berkenaan hanya bermain di dalam kawasan rumahnya dan sering ditinggalkan berseorangan di rumah ketika dua wanita itu dipercayai pergi bekerja di Singapura.

“Pada awalnya, kami semua menganggap perkara biasa anak dimarahi ibu bapa namun apabila semakin kerap mendengar Iman meraung terlalu kuat hampir saban hari sehingga boleh dengar dari rumah kami, kami rasa kami perlu bertindak sehingga persatuan jiran di sini bersepakat untuk melakukan sesuatu.

“Saya yang duduk di depan rumah mangsa memang kerap dengar suara mangsa dimarahi dan dipukul oleh wanita yang berperwatakan seperti lelaki itu yang pada awalnya saya sangkakan suami kepada ibu mangsa,” katanya kepada pemberita.

Susulan daripada itu, dia berkata persatuan penduduk mengambil tindakan untuk bersemuka dengan “pasangan” tersebut.

Seorang lagi jiran, Firdaus B. Abu Hassan, 30, berkata ketika penduduk menyerbu rumah tersebut, kedua-dua mereka telah menafikan melakukan penderaan ke atas mangsa, turut meninggikan suara serta menegaskan tindakan mereka adalah untuk mendidik anak tersebut.

“Bagaimanapun setelah ditanya dan disoal ramai jiran, yang mendapati banyak kesan lebam, calar dan seolah-olah melecur pada anggota badan mangsa, seorang daripada mereka terus meminta maaf.

“Kami tidak bertindak melulu dan telah menghubungi pihak polis kerana kami mengesyaki Iman menjadi mangsa dera. Kami tidak sangka perkara ini boleh terjadi di kawasan kami tetapi kami bersyukur Iman dapat diselamatkan,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata ibu mangsa berusia 27 tahun dan rakan perempuannya, warga asing berusia 30 tahun ditahan kerana disyaki mendera kanak-kanak itu.

Sebelum ini, tular beberapa rakaman video dan gambar menunjukkan orang awam menyerbu sebuah rumah, dipercayai bagi menyelamatkan kanak-kanak yang disyaki didera oleh ibu kandung dan seorang rakannya.

https://www.tiktok.com/@makcikbawangdimanamana/video/7266693992090242311?lang=en
https://twitter.com/i/status/1690304220707368960

Sumber

Baca : Anak dedah sikap gelap bapa, kantoi curang dua kali masa ibu terlantar sakit di rumah

Leave a Comment