TerasMalaysia

Satu hospital terkejut, pesakit koma selama 26 tahun tiba-tiba bersalin tanpa pasangan

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Satu hospital terkejut, pesakit koma selama 26 tahun tiba-tiba bersalin tanpa pasangan

Berlaku sekitar 4 tahun lalu, kisah itu tular kembali di laman TikTok. Difahamkan, pesakit berkenaan sudah ditempatkan di Pusat Rawatan Hacienda sejak tahun 1992 lagi. Selama lebih 26 tahun, hidupnya diuruskan 100% oleh perawat di sana. Hinggalah pada 29/12/2018, dia tiba-tiba melahirkan seorang bayi tanpa sebarang komplikasi.

Pihak keluarga benar-benar terkejut. Peliknya, pekerja di sana tidak perasan kerana menganggap perut besar patient itu sebagai masalah penghadaman dan isu kenaikan berat badan sahaja. Jadi waktu itu, mereka hanya mengambil langkah kurangkan porsi makanan harian. Bayi itu selamat dilahirkan, namun mungkin mengalami masalah tumbesaran memandangkan ibunya makan banyak ubat sepanjang terlantar.

Sampel DNA semua petugas lelaki di Hacienda segera diambil untuk disesuaikan dengan DNA bayi tadi. Keputusan ujian genetik itu diperolehi pada 22/1/2019, Nathan Sutherland yang merupakan seorang jururawat dikesan sebagai pelaku di sebalik kehamilan terbabit. Dari 2012-2018, Nathan menguruskan wanita malang itu dan siapa sangka ia menjadi peluang melampiaskan nafsu secara berulang kali. Pada Disember 2021, bapa kepada 4 orang anak itu akhirnya dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun.

Ibu bapa wanita itu kemudiannya membetulkan kenyataan bahawa anak mereka bukanlah koma. Sebaliknya mula menjadi kurang upaya akibat sawan ketika bayi. Meskipun terlantar, dia masih mampu membuka mata dan boleh merasai sentuhan. Pusat Rawatan Hacienda kemudiannya disaman akibat faktor pengabaian, CEO utamanya meletakkan jawatan dan ia ditutup pada Februari 2019.

Sumber

Baca : Starbucks Malaysia secara rasmi buka cawangan bahasa isyarat di Borneo, lebih banyak benefit dan ‘mesra’ rakyat

Leave a Comment