TerasMalaysia

Satu kampung malu! Penduduk ‘tunduk kepala’ lepas serang pasangan suami isteri ini secara melulu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Satu kampung malu! Penduduk ‘tunduk kepala’ lepas serang pasangan suami isteri ini secara melulu. Tindakan penduduk kampung yang syak wasangka terhadap pasangan suami isteri ini akhirnya memalukan diri sendiri. Ia selepas mereka digemparkan dengan penemuan misteri sebuah kubur yang dibuat oleh pasangan tersebut.

Penduduk dari kampung Sukaresmi di Tanah Sereal di Bogor, Indonesia mengesyaki pasangan yang baru tinggal di kampung itu menanam mayat bayi di kawasan perkuburan persendirian. Walau bagaimanapun, TribunTrends melaporkan bahawa ianya hanyalah ‘mayat’ seekor kucing.

“Ya, itu kucing saya, haiwan peliharaan saya juga. Kami menjaganya sejak kecil. Ia mati semasa bunting. Siapa yang tidak sedih,” kata salah seorang daripada pasangan itu.

Satu kampung malu! Penduduk 'tunduk kepala' lepas serang pasangan suami isteri ini secara melulu

Dia bagimanapun tidak menyangka perbuatannya itu telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan penduduk setempat.

“Pada mulanya, kami ingat kubur itu dibuat di tempat terbuka, tetapi ia ternyata di tanah persendirian, mungkin itu yang kecoh.”

Jelasnya lagi, kebetulan kawasan itu ada CCTV, ia mungkin jadi penyebab rasa curiga penduduk apabila melihat dia menanam sesuatu.

BACA:
Kisah seram yang berlaku disebalik lagu ‘Sephia’ dari kumpulan Sheila On 7, patut meremang kalau dengar
Penjenayah jatuh cinta dengan mangsa yang dirompak, ada ‘plot twist’ disebalik kejadian
Budak 12 tahun kecanduan bau petrol, terpaksa berhenti sekolah dan tantrum bila tak dapat hidu

Leave a Comment