Satu kampung terkejut, penduduk jumpa buaya gergasi berhampiran sungai, siap tarik dan ikat bawa tepi tebing
Baru-baru ini, penduduk di Sarawak dikejutkan dengan penemuan seekor buaya gergasi di kawasan Kampung Bertong, Matu.
Difahamkan, buaya gergasi itu didakwa dijumpai kira-kira 5.12 petang oleh penduduk pada petang Sabtu.
Penduduk yang berada di kawasan itu dengan berani menangkap reptilia ganas tersebut dan menariknya ke kawasan daratan berhampiran sungai.
Mereka kemudiannya mengikat buaya gergasi itu supaya reptilia berkenaan tidak melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri penduduk.
Buaya tersebut juga difahamkan telah diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.
Bagaimanapun, panjang dan berat buaya itu masih belum dikenal pasti.
Penduduk di kawasan itu kemudiannya menyaksikan buaya gergasi itu diangkat ke dalam trak selepas mulut dan badannya diikat.
Terkejut dengan penemuan tersebut, penduduk sekitar mula mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam situasi yang jarang berlaku itu.
Memunggah di bahagian komen, pemilik akaun itu menerangkan mengenai bagaimana buaya tersebut diberikan nama.
Persoalan itu timbul selepas seorang warga maya bertindak untuk menyuarakan perkara yang menjadi tanda tanya dalam hidupnya.
“Maaf, mungkin soalan ini kurang cerdik, tetapi adakah orang Sarawak memberi nama peribadi kepada mereka (buaya)? Dan bagaimana buaya dinamakan?” tanya warga maya itu.
Kemudian pemilik itu menjawab dengan mengatakan nama buaya itu diberikan oleh penduduk yang menemuinya di kawasan mereka.
“Kebiasaannya penduduk kampung akan memberikan nama panggilan kepada buaya di sekitar kawasan mereka.
“Sebagai contoh untuk buaya jantan, Bujang Senang, Bujang Gendut, Bujang Samarahan dan betina pula Dayang Zubaidah dan sebagainya,” jawabnya.