Satu keluarga cemas, wanita tiba-tiba meracau dirasuk mahkluk halus ketika daki Bukit Jugra

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Satu keluarga cemas, wanita tiba-tiba meracau dirasuk mahkluk halus ketika daki Bukit Jugra

Pendakian enam sekeluarga di Bukit Jugra Trail, Banting di sini bertukar detik cemas apabila salah seorang daripadanya dipercayai dirasuki gangguan makhluk halus.

Mangsa merupakan wanita berusia 20-an itu kemudiannya juga didapati meracau sebelum ahli keluarga menghubungi pihak bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.24 tengah hari.

Katanya, sepasukan enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Banting dikerah dalam operasi menyelamat berkenaan.

“Siasatan mendapati wanita berusia lingkungan 20-an itu mendaki bukit berkenaan bersama lima ahli keluarganya.

“Selepas mendaki sejauh tiga kilometer (km), mangsa yang sudah bekerja itu dipercayai meracau dan dirasuk makhluk halus,” katanya.

Tambah Ahmad Mukhlis, pihaknya kemudian bertindak membawa turun mangsa dengan alat pengusung.

“Wanita itu dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi itu memakan masa selama sejam dan mangsa diserahkan kepada keluarganya bagi tindakan lanjut,” katanya.

Baca : Pemilik luah rasa kecewa, pelanggan selamba bayar murah lepas pesan ‘lobster king’ dakwa harga terlalu mahal

Leave a Comment