TerasMalaysia

Satu taman panik! Gara-gara takut dimarahi bapa, gadis ini buat sesuatu yang bawa padah pada dirinya

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Satu taman panik! Gara-gara takut dimarahi bapa, gadis ini buat sesuatu yang bawa padah pada dirinya. GARA-GARA takut dimarahi ibu bapanya kerana tidak berjaya lulus dalam peperiksaan di kolej, seorang gadis sanggup mereka cerita kononnya dia diculik.

Menurut polis, gadis berusia 17 tahun itu yang merupakan penuntut tahun pertama jurusan Sarjana Muda Sastera (BA) melarikan diri dari Indore ke Ujjain di Madhya Pradesh, India.

“Bapa gadis itu membuat aduan pada malam Jumaat lalu, menyatakan anak perempuannya diculik berhampiran sebuah kuil di Indore ketika dia dalam perjalanan pulang dari kolej, beberapa jam selepas keputusan peperiksaan diumumkan,” kata polis tersebut.

Pengadu menyatakan anak perempuannya menghubunginya daripada nombor yang tidak dikenali dan memaklumkan dia telah diculik di Indore, kata pegawai itu.

Pengadu juga menambah, anak perempuannya berkata seorang rakan kolej menurunkannya ke kuil dan dia kemudian menaiki sebuah beca untuk pulang.

Satu taman panik! Gara-gara takut dimarahi bapa, gadis ini buat sesuatu yang bawa pada pada dirinya

Namun dakwa gadis tersebut, pemandu beca itu membawanya ke tempat terpencil dan memasukkan kain ke dalam mulut yang menyebabkannya pengsan, inspektor itu mengulangi kembali cerita yang disampaikan bapa mangsa.

“Apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kawasan yang disebut oleh gadis itu diperiksa, ternyata dakwaannya.

“Dalam masa yang sama, polis mendapat maklumat mengenai seorang gadis sedang duduk bersendirian di sebuah restoran di Ujjain dan gambarnya sepadan dengan yang diberikan pengadu,” kata pegawai itu.

Ketika polis mendapatkan gadis tersebut di lokasi yang dimaksudkan, iaitu kira-kira 50 kilometer dari Indore, beg miliknya turut diperiksa.

Pihak polis kemudian menemui tiket bas dari Indore ke Ujjain.

Selepas menasihati gadis berkenaan, polis kemudian menyerahkan gadis tersebut kepada keluarganya kembali.

BACA:

”Muka cantik tapi pengotor”- Pemilik terkejut tengok keadaan rumah, penuh dengan sampah dan ulat

Kecoh satu majlis! Wanita ini rempuh khemah kahwin sampai depan pelamin

Rupanya ada kisah dan rahsia disebalik kejayaan A&W yang ramai tak tahu, masih digunakan sampai sekarang

Leave a Comment