TerasMalaysia

”Saya minta bukan untuk orang lain, untuk anak awak juga, ini yang saya dapat sebab pertahan anak?”

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

”Saya minta bukan untuk orang lain, untuk anak awak juga, ini yang saya dapat sebab pertahan anak?”. Aku adalah salah seorang isteri yang termasuk dalam statistik mahkamah syariah yang diceraikan oleh suami.

Suami aku sakan bercinta dengan janda anak satu, dan sibuk nak bernikah dengan janda tu. Bila sibuk bercinta memang suami abaikan aku dan anak-anak.

Setelah kisah curang suami terkantoi aku izinkan suami berkahwin satu lagi walaupun dia tak mampu pun bermadu,

Dengan jawatan yang disandang N19 dan janda tu tolak sekerasnya cadangan aku untuk berkongsi kasih. Tak mahu berkongsi katanya.

”Saya minta bukan untuk orang lain, untuk anak awak juga, ini yang saya dapat sebab pertahan anak?”

Maka aku dan anak-anaklah yang jadi mangsa korban percintaan mereka berdua. Aku yang dijandakan.

Maka aku teruskan kehidupan menyandang gelaran ibu tunggal anak dua yang berusia tiga tahun dan 6 tahun. Hak penjagaan anak-anak aku yang dapat.

Seperti yang sedia maklum, kita pasti ada komitmen loan rumah, komitmen loan kereta, komitmen perbelanjaan rumah. Dari segi financial memang ketat.

Ikutkan memang sepanjang perkahwinan memang belanja rumah, belanja anak aku yang cover. Suami bayar bil utiliti sahaja.

So aku buat permohonan nafkah anak-anak di mahkamah syariah.

Melenting suami, termasuklah bekas mak mentua yang call maki-maki kata aku ni perempuan pisau cukur, macam-macamlah tohmahan yang aku dapat.

Aku just tuntut hak anak-anak aku. Anak tiri dia boleh bela dan tanggung plak, takkan makan pakai anak-anak aku darah daging dia sendiri lepas tangan.

Kalau dia tak nak bertanggungjawab aku tuntut kat waris-waris je.

Aku bukan buat tuntutan bodoh pun. Aku buat list, yuran pengasuh anak umur 3 tahun RM400, Yuran sekolah anak umur 6 tahun RM300 sampai petang.

Aku try apply pra kemas tak dapat sebab nak jimat duit. Tak dapat. Duit susu anak 3 tahun susu 900 gram 25* 4= RM100, medical card anak untuk dua orang RM360.

Duit belanja makan anak sehari breakfast + lunch + dinner RM20 sehari* 10 hari = RM200 seorang.

Total RM1560 (bahagi dua aku dan bapa anak-anak): Jumlah tuntutan sebulan = RM780 untuk dua orang anak.

Ini pun tohmah aku macam-macam. Aku tak tuntut pun baju raya anak-anak. Seluar baju harian anak-anak yang semakin membesar. Kasut, selipar.

Selipar pun paling murah RM25 pun aku tak tuntut. Aku tak tuntut duit pendaftaran tadika anak aku yang sulung setahun RM1000.

Duit makan anak pun aku tuntut lump sum breakfast, lunch, dinner untuk 10 hari je dalam sebulan. Pun tohmah aku macam-macam.

Pensil anak boleh beli sekotak RM2.40 kat kedai eco pun dia tak terbeli.

Daripada aku takmo tuntut hak aku sebelum, aku dah cakap kat lawyer JBG nak buat tuntutan tunggakan nafkah, tuntutan harta sepencarian (kalau ada la), dan tuntutan lain-lain yang boleh aku tuntut, aku akan tuntut.

Rumah aku duduk sekarang aku beli sebelum kahwin.

Dah la curangi aku, jandakan aku plak. Sekali mak dia dok maki aku kata macam-macam.

Aku dah tak tahan, dari aku ada empathi hilang dah sifat ihsan aku.

Aku akan tuntut hak aku dan anak-anak. Biarlah ko nak tinggal apa pun. Ko bina bahagia atas kedukaan kami anak beranak.

Ko hina, tindas kami. Nafikan hak kami. Anak sakit demam pun takde jenguk anak. Yang bercerainya kita suami isteri, kenapa layan anak macam tu???

Lagi nak hina wanita yang teraniaya, bila kami tuntut hak kami. Gelarkan kami pisau cukur, jalang, betina garik, tak tahu jaga laki.

Maknya tu siap tohmah “anak kau bukan kau jaga sendiri, banyak sangat halnya nak minta duit meh aku jaga!” Macam tu dikatanya.

Ikut logik pun dah nama aku bekerja, dalam tempoh perkahwinan pun anak-anak hantar pengasuh.

Dah kene cerai takkan nak angkut anak pergi tempat kerja??

Dah tu tak kerja siapa nak bagi duit teruskan kehidupan??? Memang tak la aku nak serahkan anak aku pada manusia yang sangat toksik.

Stress!!!!

Orang nak kahwin, awak nak kahwin. Dah kahwin ada anak awak abaikan anak isteri. Pentingkan diri sendiri.

Puas bertolak ansur. Bright side terlepas dari hidup makan hati, makan diri sampai ke tua.

Alhamdulillah…

Doakan aku dipermudahkan segala urusan.

BACA:
Makanan yang dihidangkan dalam pesawat selalunya tawar dan kurang sedap, ini rupanya punca
Lelaki ini berhenti makan sudah hampir 17 tahun, hanya berbekalkan tiga botol air soda setiap hari
Beli tiket Coldplay semata-mata nak jual dengan harga 40 kali ganda, peminat berang dengan individu tersebut

Leave a Comment