“Saya tak faham dengan orang-orang macam ni” – Doktor terkilan dengan segelintir rakyat Malaysia yang tidak sensitif isu Palestin

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Saya tak faham dengan orang-orang macam ni” – Doktor terkilan dengan segelintir rakyat Malaysia yang tidak sensitif isu Palestin.

KETIKA rakyat Palestin bertarung nyawa menentang kekejaman rejim Zionis, masih ada segelintir rakyat di Malaysia yang tidak sensitif dengan apa yang berlaku.

Kata rakyat Malaysia, Dr Nurul Ain Latif yang kini menetap di Semenanjung Gaza, dia sedih apabila menerima panggilan daripada seseorang yang tidak sensitif semata-mata untuk mendengar bunyi bom di lokasi konflik.

“Dekat sini saya nak minta tolong sikit. Boleh tak jangan call saya dan minta nak dengar (bunyi) bom. Boleh tak sensitif sikit dengan perkara ini?

“Anda semua ingat benda tu main-main ke? Nak dengar bom? Jadi anda doakan kami semua kena bom ke apa sekarang ni?

“Saya tak faham dengan orang-orang macam ni. Tolonglah… Keadaan sangat susah dan genting. Anda call saya nak dengar bom? Astagfirullah,” katanya.

"Saya tak faham dengan orang-orang macam ni" - Doktor terkilan dengan segelintir rakyat Malaysia yang tidak sensitif isu Palestin

Tambahnya lagi, Dr Nurul Ain turut minta masyarakat di negara ini bersyukur dengan keadaan aman di Malaysia.

“Nikmatilah tidur dengan lena. Nikmati keadaan yang tenang. Anda tak rasa apa yang saya rasa dan hadap. Bersyukurlah negara kita masih aman.

“Anda patutnya bersyukur dan bukannya hubungi saya minta nak dengar bom. Saya tak faham dengan orang macam ni. Tolong sensitif sikit. Keadaan sangat tegang,” ujarnya.

Malah, kata Dr Nurul Ain, usahanya untuk memberi bantuan kepada penduduk di Gaza juga tidak dapat diteruskan gara-gara dentuman bom di kawasan kediamannya.

“Tadi saya nak keluar beli barang untuk bantuan. Itu pun ada bom. Saya patah balik semula.

“Keadaan tidak mengizinkan untuk meneruskan misi beri bantuan kepada orang ramai yang memerlukan,” jelasnya lagi.

Untuk pengetahuan, Dr Nurul Ain yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkahwin dengan lelaki warga Palestin dan kini berada di Gaza sejak Oktober lalu.

@perawanmalam

♬ original sound – Perawan Malam
BACA:
Mengadu demam lepas balik sekolah, ibu panik anak tiba-tiba menjerit, batuk berbuih lepas bagi makan ubat tamat tempoh
“Saya terkena macam teman wanitanya” – Wanita dakwa dihamilkan aktor muda popular baharu
Kecoh! Buaya tiga meter ditemui dalam parit kawasan perumahan oleh penduduk

Leave a Comment