TerasMalaysia

“Saya terkena macam teman wanitanya” – Wanita dakwa dihamilkan aktor muda popular baharu

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Saya terkena macam teman wanitanya” – Wanita dakwa dihamilkan aktor muda popular baharu.

Kecoh dari semalam, mengenai seorang wanita yang mendakwa dihamilkan seorang pelakon muda popular sehingga menjadi perhatian aplikasi TikTok.

Wanita itu dipercayai baru mencipta satu akaun bagi mendedahkan perbuatan aktor tersebut dan menceritakan bahawa dia tidak mahu bertanggungjawab.

Selain daripada memuat naik muka aktor berkenaan, wanita itu juga memberikan bukti menunjukkan dia pernah berhubung dengan lelaki tersebut.

“Dia dah hamilkan saya dan tidak mahu bertanggungjawab, sama seperti dilakukan kepada teman wanitanya,” dakwanya dalam salah satu hantaran.

Pada masa sama, wanita itu juga meminta pelakon itu untuk berhenti berpura-pura dan mengaku bersalah selain menyifatkan orang lain akan terkejut jika mengetahui perangai sebenarnya.

"Saya terkena macam teman wanitanya" - Wanita dakwa dihamilkan aktor muda popular baharu

“Wajah yang baik tak mencerminkan perwatakan yang mulia. Saya tidak tahu apa saya perlu lakukan untuk selesaikan perkara ini dengan kamu,” dakwanya.

Menerusi hantaran yang lain, wanita itu juga menafikan dia mendedahkan perkara itu untuk meraih populariti dengan menggunakan nama aktor terbabit.

Malah, dia juga mendakwa mempunyai semua bukti pernah mempunyai hubungan dengan aktor itu namun belum mendedahkan secara terperinci.

“Tolong lah fikir guna akal. Kalau aku nak popular dengan cara ni, aku takkan dapat apa-apa dari fitnah ni tapi dapat kecaman saja.

“Apa yang saya kongsikan di sini semuanya benar dan saya ada semua buktinya, tapi saya tidak mahu berkongsi atas sebab tertentu.

“Saya mahu dia bertanggungjawab tapi memandangkan dia sedang sibuk bersama teman wanitanya, baiklah.

“Siap cabar lagi nak dedahkan rakaman, kalau saya dedahkan berhenti menipu!” dakwanya.

Menerusi tinjauan di media sosial, aktor itu masih belum membuat sebarang kenyataan berkenaan dakwaan yang didedahkan oleh wanita tersebut.

TikTok

BACA:
Kecoh! Buaya tiga meter ditemui dalam parit kawasan perumahan oleh penduduk
Penduduk terkejut jumpa 5 buah kubur dekat tepi jalan, tanah masih merah dan mempunyai batu nisan dibalut kain putih
Kekasih meraung meronta minta dilepaskan, dilempang teman lelaki berkali-kali dalam kereta

Leave a Comment