Sayu satu masjid, jemaah tiba-tiba rebah saat bagi tazkirah dekat orang ramai
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang jemaah di Mina meninggal semasa sedang memberikan tazkirah kepada jemaah lain di masjid.
Menerusi perkongsian rakaman berdurasi 29 saat itu, kelihatan arwah sedang memberikan tazkirah dalam satu majlis ilmu agama di Mina.
Apa yang membuatkan ramai sebak dan tersentuh adalah apabila dia tiba-tiba kelihatan seperti pening kepala dan ingin rebah.
Namun, sebaik saja dua orang jemaah lagi datang kepadanya, dia terus jatuh dan difahamkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian.
“Allahuakbar. Sakaratul maut itu amat dahsyat. Tetapi Allah permudahkan urusan akhir beliau. Rezeki beliau di tanah suci” – Netizen
Susulan tularnya video tersebut rata-rata netizen turut mengucapkan takziah dan mendoakan agar arwah ditempatkan bersama para orang beriman.