’Scammer’ Kene Balik Dengan Harith Iskandar Sampai Tunggang Terbalik Ayat Pun Tak Perasan
Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes melibatkan penipuan atau scam secara dalam talian dilaporkan berlaku. Tidak kira jerat cinta menerusi sindiket ‘Love Scam’ atau pun taktik menyamar sebagai pihak berkuasa, scam dalam talian semakin menjadi-jadi. Anda mungkin pernah mendengar atau mempunyai pengalaman sendiri berhadapan dengan situasi sedemikian.
Menerusi akaun Instagram pelawak terkemuka negara iaitu Harith Iskander, beliau berkongsi beberapa tangkap layar ‘perbualannya’ yang dipercayai daripada scammer yang cuba memperdayanya.
Bagaimanapun, perkara ini menjadi bahan jenaka kerana dilihat menggunakan bahasa inggeris yang berterabur atau dipanggil sebagai broken english. Lebih kelakar lagi, scammer didapati bukan sahaja menggunakan struktur ayat yang salah malah tidak berminat untuk membetulkan ejaan perkataan yang ingin disampaikan.
Beliau dengan berseloroh membalas mesej tersebut dengan broken english untuk melihat sejauh mana scammer itu cuba memperdayakannya. Scammer berkenaan sepertinya masih meneruskan perbualan kerana menyangka beliau sudah masuk ke dalam perangkap.
Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata netizen turut geli hati melihat taktik scammer yang cuba berkomunikasi dengan menggunakan broken english. Malah, mereka dengan berjenaka meminta ikon pelawak itu untuk meneruskan perbualan bersama scammer itu.
Dalam bahan jenaka ini, kita sebenarnya dapat belajar salah satu taktik scammer di luar sana adalah membuatkan akaun palsu lalu akan menghantar mesej dengan struktur ayat yang tidak teratur. Jadi, berhati-hatilah apabila menerima sesebuah mesej dan periksa struktur ayat dan juga profil untuk mengesan scammer.
Baca: Penyanyi Popular Putus Tunang Sebab ‘Kantoi’ Songsang?