Sebab stress gaji tak masuk lagi, pemuda ini buat lagu menyanyi sambil rap guna loghat perak, memang style!
Kita sering mendengar pepatah duit bukanlah segala-galanya. Mungkin ia sesuai untuk menggambarkan kedudukan kewangan mereka yang stabil. Ataupun dalam erti kata lain mereka yang sememangnya mampu dan berduit. Tak perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Yang ‘cukup-cukup makan’ ini sahaja perlu berusaha keras demi mencari sesuap nasi.
Bahkan ia lebih terasa bagi mereka yang berkeluarga besar. Lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar-bandar besar yakni kos sara hidup yang tinggi. Sudah tentu memerlukan duit yang banyak sehingga terpaksa membuat lebih dari satu kerja dalam tempoh sebulan.
Setiap kerja memerlukan gaji. Namun, masih ada syarikat tidak membayar gaji pekerja pada waktu yang sepatutnya.
Baru-baru ini seorang pemuda meluahkan rasa stres nya kerana gaji belum masuk sehingga mereka lagu sendiri telah mencuit hati ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @im.im_ran, kelihatan pemuda itu sedang menyanyi sambil rap dengan gayanya yang tersendiri mengupas isu gaji belum masuk lagi.
Apa yang menghiburkan adalah apabila pemuda itu mula rap dengan menggunakan loghat Perak. Malah, melodi yang direka sendiri tentang gajinya yang belum masuk itu mencuit hati ramai.
“Bukan teman tak mau lepak, tapi teman sedor. Udoh gaji teman idak kemarinye lagi. Patutnya sudoh ade, tapi teman nengok masih kosong-kosong juge,”
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar nyanyian freestyle pemuda itu.