Sebabkan Gifts Pengguna Tiktok Ini Sanggup Memalukan Warga Emas Ini Masa Live

Sebabkan ‘Gifts’ Pengguna Tiktok Ini Sanggup Memalukan Warga Emas Ini Masa Live. Seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @intan_komalasari92 diselar baru-baru ini gara-gara sanggup membuli orang tua demi untuk mendapat gifts di TikTok.

Difahamkan, Intan mempromosikan beberapa rakaman video supaya orang ramai menonton siaran langsung (live) yang dibuatnya ketika aktiviti mandi lumpur.

Bagaimanapun, menurutnya dia tidak mengejar populariti tetapi hanya mahukan duit sekaligus untuk menghiburkan penonton live di TikTok itu.

Nenek minta izin kencing tapi tak bagi
Menerusi ‘acara’ itu, ibu, bapa dan juga neneknya disuruh duduk di atas kerusi di dalam sebuah kolah yang diisi air sikit demi sikit sambil disaksikan penonton di TikTok.

Satu rakaman skrin dimuat naik di TikTok turut menunjukkan seorang nenek meminta izin untuk ke tandas kerana tidak tahan untuk buang air kecil.

Sebabkan Gifts Pengguna Tiktok Ini Sanggup Memalukan Warga Emas Inii Masa Live

Namun, dia tidak dibenarkan ke tandas dan diminta meneruskan aktiviti serta kencing ketika siaran live tersebut. Video tersebut mendapat perhatian seorang ahli perniagaan, Jhon yang menawarkan peluang pekerjaan kepada Intan.

Offer kerja tapi…
Jhon memintanya untuk berhenti berbuat sedemikian kepada ibu sendiri dan jika mahukan wang, lelaki itu menawarkan Intan untuk bekerja di kedainya.

Biar dapat duit (dengan bekerja) daripada dia buat macam tu dekat ibu sendiri.”
Bagaimanapun, Intan menolak tawaran itu sebaliknya meminta wang sebanyak 200 juta Rupiah (RM57,000) sebagai ‘pampasan’ jika mahu dia berhenti membuat content sebegitu.

Kalau abang Jhon tak nak tengok kami buat live streaming macam ni, transfer 200 juta Rupiah.”

@pejuangsikspack kasian banget… emang cucu ajg 😡😡😡🗿 #mandilumpur
#ngemisonline #neneksihir ♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan

BACA:

Jaga-Jaga Kereta Wira Masih Lagi Panas Dan Masih Dalam ‘Ranking’ Kereta Selalu Dicuri

Malaysia Bakal Dikepung 30 Negara Melalui Air Dan Udara Pada Bulan Mei Ini

Ini Sebabnya Kenapa Tarikh Raya Cina Berubah Setiap Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *