TerasMalaysia

Sebulan Gaji atau RM1,000, Penjawat Awam Johor Terima Bantuan Khas.

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan bahawa penjawat awam di Negeri Johor bakal menerima bantuan khas kewangan sebanyak sebulan atau minimum RM 1,000.

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan Belanjawan 2023 di Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini.

“Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan penjawat awam dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan. Mereka bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang maksimum daripada dasar-dasar kerajaan”

“Sehubungan itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan tahun 2022 kepada kakitangan Kerajaan Negeri Johor dan kakitangan Persekutuan yang dibayar gaji oleh Kerajaan Negeri Johor sebanyak satu bulan gaji atau RM1,000 yang akan dibayar sebanyak dua kali, iaitu pada akhir bulan ini dan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri 2023,” katanya.

Tambahnya, perkara itu boleh disemak kembali sekiranya pendapatan kerajaan negeri bertambah.

“Samalah-samalah kita berusaha untuk meningkatkan hasil Kerajaan Negeri Johor,” maklumnya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa badan negeri akan mewujudkan jawatankuasa keharmonian antara pelbagai agama supaya menjadi platform perbincangan bagi melaksanakan program keharmonian perpaduan bangsa Johor.

Leave a Comment