“Sebulan tak lalu nak makan” – Pekerja stesen minyak redha lepas bersihkan tahi manusia dalam urinal bowl

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

“Sebulan tak lalu nak makan” – Pekerja stesen minyak redha lepas bersihkan tahi manusia dalam urinal bowl.

KEBANYAKAN tandas lelaki di negara ini menyediakan urinal bowl ataupun mangkuk yang digantung pada dinding, khusus untuk mereka yang mahu kencing.

Namun, mangkuk tandas biasa turut disediakan bagi individu yang mahu membuang air besar.

Terbaharu, tular video memaparkan urinal bowl di sebuah tandas stesen minyak di Kuantan, Pahang yang dipenuhi dengan najis manusia.

Aris berharap kejadian itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Menerusi video itu, seorang pekerja stesen minyak dikenali sebagai Aris Munandar dilihat sedang membersihkan najis dengan memakai sarung tangan.

"Sebulan tak lalu nak makan" - Pekerja stesen minyak redha lepas bersihkan tahi manusia dalam urinal bowl

Tanpa memakai pelitup muka, Aris nyaris termuntah sewaktu dia mengaut najis untuk dibuang ke dalam tong sampah.

Selesai membersihkan urinal bowl itu, Aris terus mencuci tangan serta wajahnya di singki.

Kalau memang dah terdesak sangat, boleh je berak dalam plastik.

ARIS MUNANDAR

Bercakap kepada mStar, Aris yang berasal dari Indonesia mendedahkan rakaman video itu dibuat pada Jumaat.

“Dah tak tahu nak cakap macam mana. Pasrah je, lagipun itu kerja saya. Tak tahu siapa pelaku kerana kamera litar tertutup (CCTV) ada di luar tandas. Kalau orang keluar masuk tandas, boleh la nampak.

“Saya minta supaya ia tidak berulang lagi. Jadikan ia pengajaran untuk kita, kena ada perasaan untuk orang lain juga.

“Kalau memang dah terdesak sangat, boleh je berak dalam plastik,” ujarnya ketika dihubungi.

Aris berkongsi video kejadian itu menerusi aplikasi TikTok sehingga ia meraih hampir tujuh juta tontonan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyelar tindakan pelaku yang tergamak membuang air besar di tempat tidak sepatutnya.

Video dikongsi pemuda ini meraih hampir tujuh juta tontonan di TikTok.

Namun, ada netizen tampil mempertahankan pelaku dan beranggapan dia terpaksa berak di dalam urinal bowl kerana terdesak.

“Gigil tangan dia. Kesian. Aku yang tengok ni pun sambil tutup mulut.

“Sebulan mat teringat, tak lalu member nak makan.

“Mungkin tandas penuh, dia berak kat situ. Nasib baik bukan berak kat lantai.

“Ini mesti orang tu dah tak tahan. Tandas pula penuh,” tulis beberapa netizen lagi.

@saya_aris_

Customer tolong lah, jika kalina di posisi kita🤧 #nyakdrek #apaaceh #fyp #fypシ

♬ suara asli – APA ACEH🗿 – APA ACEH
BACA:
“Tolong keluarkan anak saya” – Keadaan bertukar sayu bila ibu tengok jenazah masuk dalam liang lahad
‘Owner’ gerai cendol buat perangai, selamba bagi mangkuk berlumut dekat pelanggan
Mayat kartel dadah ditimbuni senjata api ketika upacara pengebumian, penghormatan terakhir oleh rakan seperjuangan

Leave a Comment