Sedang asyik menjamah tiram yang dipesan, wanita ini terkejut jumpa mutiara

Sedang asyik menjamah tiram yang dipesan, wanita ini terkejut jumpa mutiara

Seorang wanita di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) ternyata memiliki tuah apabila menemui sebutir mutiara di dalam tiram semasa menikmati makan malam romantik.

“Kami sedang makan tiram dan menemui sebutir mutiara,” kata Kenia Mac mengenai penemuan itu.

Mac bersama kekasihnya, Juan Manuel ketika kejadian sedang menikmati makan malam di sebuah restoran makanan laut di Dallas.

Dia pada awalnya menemui sebuah objek berkilat dalam hidangan tiram yang dipesan. Setelah memeriksa, ia ternyata adalah sebutir mutiara.

“Ia kecil tetapi ia adalah mutiara,” katanya.

Mac masih belum menghantar mutiara itu untuk dinilai keasliannya, namun ia berpotensi mencecah sehingga beribu-ribu ringgit.

Sumber

Baca : Bazar ramadan dikotori dengan penjualan daging babi sebagai juadah berbuka

Leave a Comment