
Sekali pandang nampak macam padang yang di penuhi dengan rumput hijau, rupa-rupanya…
Jika melihat kawasan yang hijau pasti kita akan menyangka ianya sebuah padang luas yang cantik. Namun jangan disangka pemandangan seperti itu semuanya sama.
Menerusi video yang telah tular di halaman tiktok @sabyaac, dapat dilihat sebuah kawasan yang menghijau cantik dan sepertinya seakan sebuah padang.
Namun di akhir video dapat dilihat pemandangan yang disangka padang itu rupanya tasik apabila pemilik video tersebut membaling sebatang kayu ke arah tasik tersebut.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Tasik Kelana Jaya. Tasik tersebut telah dilitupi tumbuhan hijau iaitu pokok kiambang.
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut meluahkan kebimbangan jika ada pengunjung kanak-kanak yang terjatuh ke dalam tasik itu kerana disangkakan padang.
Keadaan tasik itu bukan sahaja mengundang bahaya kepada kanak-kanak, malah orang dewasa juga boleh tidak perasan.
Bagaimanapun, seorang pengguna Twitter tampil menjelaskan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan dan kawasan tasik juga telah diletakkan pita keselamatan.
Tasik tersebut telah diliputi pokok kiambang sejak Januari lalu. Difahamkan, pembiakan pokok kiambang disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang membuang ikan bersama air akuarium yang mengandungi pokok itu dan keladi bunting di tasik tersebut.
Walaupun nampak cantik tumbuhan ini, tapi jika membiak secara tidak terkawal dan padat akan mengganggu saliran air di dalam parit atau tali air yang mana kesannya akan mengakibatkan berlaku banjir kilat.