Sekali tengok ingat rumah orang, tak sangka hartawan ni habis berjuta ‘setup’ untuk kucing tersayang
Buat pencinta kucing, mesti anda impikan ruang khas yang selesa dan selamat untuk menempatkan haiwan peliharaan.
Sejak perkongsian seorang pemuda tular di media sosial, ramai yang kagum dengan bonglo putih yang dikongsikan dalam video miliknya itu. Namun siapa sangka banglo putih yang tersergam indah itu dihuni oleh sekumpulan kucing.
Rakaman yang tular itu dibuat ketika pemuda berkenaan berkunjung ke rumah agam milik sebuah keluarga sempena sambutan Aidilfitri.
Pemilik ‘banglo kucing’ itu, Datin Rauzawani Ab Hadi berkata ia diletakkan di halaman kediamannya di Bachok, Kelantan.
Lebih dikenali sebagai Datin Rauzaa, katanya, pada awalnya kesemua 13 kucing peliharaannya ditempatkan di dalam sangkar, kira-kira enam tahun lalu.
“Tiga tahun lepas saya bercadang untuk menempatkan kesemuanya dalam ‘sangkar’ baru dengan sentuhan kreatif yang kelihatan seperti sebuah banglo.
“Banglo kucing ini ada dua tingkat, sebahagian kucing berada di tingkat bawah dan separuh lagi ditempatkan di tingkat atas,” katanya.
Wanita berusia 40 tahun itu berkata, banglo kucing yang bertemakan Inggeris tersebut merupakan ideanya sendiri kerana suka membela haiwan itu sejak kecil.
“Ada tempat kucing tidur dan bermain serta kipas untuk pengudaraan. Banglo kucing ini juga mempunyai tangga untuk kucing-kucing ke tingkat atas dan tingkap kaca untuk dilihat dari luar.
“Selain itu, terdapat lampu yang dipasang di luar banglo untuk pencahayaan di waktu malam, dan sekelilingnya didirikan pagar bagi membolehkan kucing-kucing bermain dalam kawasan pada waktu petang,” ujarnya yang berasal dari Kota Bharu.
Menurut Datin Rauzaa, idea untuk membina banglo kucing itu tercetus selepas melihat foto rumah-rumah anjing yang dibela ‘mat salih’, menerusi laman sosial.
Usahawan kosmetik itu menjelaskan bahawa membela kucing-kucing itu memberi ketenangan kepadanya dalam kesibukan dengan urusan kerja dan keluarga.
Baca : Lelaki terkejut penjual tarik tangan dan rampas duit paksa beli barang masa cuci mata di Madinah