Sekelip Mata Hilang Tempat Berteduh Rumah Diroboh Tanpa Notis

Sekelip Mata Hilang Tempat Berteduh, Rumah Diroboh Tanpa Notis

Rumah adalah tempat berteduh yang paling penting kepada manusia. Kehilangan tempat berteduh dalam sekelip mata pastinya memberi tamparan hebat kepada sesiapa sahaja.

Begitulah yang dialami oleh sebuah keluarga ini apabila rumah yang sudah didiami selama 40 tahun dirobohkan oleh pihak berwajib atas sebab rumah tersebut dibina di tanah berstatus lesen penduduk sementara atau TOL.

Menurut salah seorang penghuni, tuan rumah sudah pun membuat permohonan kepada pejabat tanah untuk menukar status tersebut, namun urusan mendapatkan geran gagal.

Susulan memuat naik video rumah dirobohkan di TikTok, ia menjadi perhatian ramai dan rata-rata bersimpati terhadap keluarga tersebut, namun ada juga persoalkan penghuni rumah itu tidak berusaha mencari rumah lain jika sudah tahu tanah itu berstatus TOL.

Bagaimanapun, keluarga berkenaan mendakwa mereka sama sekali tidak diberikan sebarang notis untuk mengosongkan tapak tersebut sebelum kerja-kerja merobohkan rumah itu di buat.

Bahkan, pihak berwajib datang secara tiba-tiba selain keluarganya tidak diberikan wang pampasan.

Difahamkan dari penghuni juga, kerja-kerja merobohkan rumah itu dilakukan oleh pemaju hartanah dan bukannya pihak kerajaan.

Penyanyi Ini Sengaja Menjangkitkan Dirinya Dengan Virus Untuk Persediaan Malam Konsert Tahun Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *