Sekental-kental gadis ini pegang binatang yg ekstrem, 2 haiwan ini buatkan dia berasa geli

Sekental-kental gadis ini pegang binatang yg ekstrem, 2 haiwan ini buatkan dia berasa geli

Seorang gadis dianggap terpengaruh dengan cerita dongeng, gara-gara video dirinya mencium seekor katak.

Malah, gadis itu turut dilihat dengan selamba ‘bermanja’ dengan beberapa binatang lain yang menggelikan seperti lintah dan pacat.

Gadis berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Syahirah mengakui tidak berasa geli dengan katak kerana sudah biasa dengan kehidupan di kampung sejak kecil.

Namun katanya, video tersebut dirakamkan secara spontan ketika ternampak haiwan amfibia itu semasa sedang berbual dengan ibunya di laman rumah.

“Saya cium katak tu bukannya nak promote saya ni single. Tapi saya sudah biasa pegang katak sejak kecil, jadi tak ada pun rasa geli dengan haiwan tu.

“Biasalah gadis kampung, tak ada yang geli. Kalau orang geli lipas dan tikus, saya anggap tu biasa saja,” katanya.

Turut dikenali sebagai Raa dalam kalangan teman-teman, kehidupan Syahirah di Kampung Gong Mengkelih di Pasir Puteh, Kelantan turut dikelilingi beberapa haiwan ternakan.

“Di rumah, keluarga saya membela kambing biri-biri. Ada kira-kira 10 ekor. Kami juga memelihara kucing, arnab dan burung termasuk burung puyuh.

Orang yang baik tu ramai, tapi bukan semua yang kita rasa selesa. Mungkin orang tu perfect di mata orang lain, tapi bukan pada kita

“Kebiasaannya setiap petang selepas habis kerja, saya akan meluangkan masa bersama kambing biri-biri ini. Kesemuanya jinak dan suka bermanja,” ujarnya.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, dia bagaimanapun tetap mempunyai ‘pantang’ untuk mendekati binatang tertentu.

“Saya tak suka dekati ular kerana ia berbisa. Jika ada ular yang jinak, dijadikan tarikan pelancong untuk bergambar pun saya jauhkan sebab terbayang ular tu akan membelit badan.

“Selain itu, saya juga tak suka pegang ulat sampah. Bukannya geli, boleh saja nak pegang. Tapi kalau saya pegang, rasa meremang bulu roma,” tambahnya.

Sumber

Baca : Sesi latihan askar dengan ular ini buat orang kecut perut, selamba dia lepaskan berkeliaran

Leave a Comment