TerasMalaysia

Sekumpulan doktor terkejut tengok gelas besar dalam perut pesakit ini, semua tercengang lepas tahu cerita

Subscibe Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini Follow TERASMALAYSIA

Sekumpulan doktor terkejut tengok gelas besar dalam perut pesakit ini, semua tercengang lepas tahu cerita. Pelik, Macam mana benda tu boleh masuk dalam perut? Sekumpulan doktor di hospital berdepan dengan keadaan yang amat sukar dijelaskan dan membuatkan mereka semua bingung.

Hal ini kerana seorang lelaki yang datang ke hospital didapati telah menelan sebuah gelas masuk ke dalam perutnya!

Menurut cerita lelaki berusia 55 tahun berkenaan, insiden tersebut berlaku ketika dia sedang minum teh dan secara tidak sengaja tertelan gelas yang digunakannya!

Akibatnya, lelaki ini akhirnya terpaksa menerima rawatan di hospital swasta di Madipur, Bihar, India.

Pada mulanya, lelaki berkenaan dimasukkan ke hospital kerana sakit perut yang teruk dan sembelit.

Sekumpulan doktor terkejut tengok gelas besar dalam perut pesakit ini, semua bingung lepas tahu cerita

Namun ketika doktor membuat pemeriksaan ujian ultrabunyi dan sinar-X terhadapnya, mereka telah mendapati berlaku ‘gangguan serius’ dalam usus dan mendapati puncanya adalah disebabkan sebuah gelas kaca.

Pakar bedah cuba mengeluarkan gelas tersebut dari bahagian rektum lelaki berkenaan menerusi prosedur endoskopik, tetapi tidak berjaya. Akhirnya, gelas tersebut terpaksa dikeluarkan dari perut pesakit melalui pembedahan.

Meskipun lelaki tersebut mengaku tertelan gelas berkenaan, namun para doktor dan pakar masih tertanya-tanya bagaimana gelas sebesar itu boleh ditelan masuk melalui mulut.

Lelaki berkenaan bagaimanapun dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas gelas berjaya dikeluarkan oleh doktor dari dalam perutnya.

Sekumpulan doktor terkejut tengok gelas besar dalam perut pesakit ini, semua bingung lepas tahu cerita

BACA:
Suami nekad tikam bekas kekasih, sempat lihat isteri tanpa seurat benang atas katil selama 10 minit
Kecoh satu kampung, pokok Akasia hasilkan bunyi menyerupai tangisan budak perempuan
Kereta tiba-tiba bermasalah diganggu ‘pelaris’ kedai, punca sebab anak nampak rupa dan tak jamah makanan

Leave a Comment