
Sekumpulan Gadis Cuak Dikejar Anjing Undang Tawa Warganet
Islam pada asasnya menganjurkan kita bersikap prihatin terhadap makhluk Allah termasuk binatang seperti anjing, mengikut hukum dan batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak. Memelihara anjing tanpa tujuan yang dibenarkan oleh syarak hukumnya adalah haram, boleh mengurangkan pahala ibadah serta menjauhkan seseorang itu daripada rahmat Allah SWT.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan gadis berlari kerana dikejar oleh seekor anjing telah mencuri tumpuan.
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan gadis sedang membasuh baju mereka di dobi. Namun, mereka semua dilihat keluar dobi untuk melihat bunga api pada malam raya Tahun Baharu Cina.
Lebih melucukan lagi adalah apabila sedang asyiknya mereka menyaksikan bunga api, tiba-tiba datangnya seekor anjing seolah-olah mengejar mereka. Sebenarnya, anjing itu tidak mengejar dan mahu bermain dengan mereka saja.
Namun, disebabkan mereka takut, mereka terus berlari sambil tertawa terbahak-bahak. Lebih menghiburkan lagi adalah apabila rakan mereka yang merakam video itu dilihat tidak dapat menahan gelaknya.
Baca :Â Aksi Lelaki Ini Terkejut Bila Di’Prank’ Rakan-Rakan Cetus Pelbagai Reaksi Netizen