Sekumpulan Gadis Tak Perasan Selisih Dengan ‘Sesuatu’ Masa Hantar Kawan Balik Rumah
Baru-baru ini sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sekumpulan remaja perempuan merakam lembaga aneh ketika berjalan pada waktu malam.
Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @witahrll. Berdasarkan rakaman tersebut, kumpulan remaja itu sedang menghantar seorang rakan yang bernama Caca.
Mereka kemudian keluar dari sebuah bangunan dan berjalan melalui jalan yang sunyi. Walaupun ada lampu, keadaan jalan itu masih gelap sedikit.
Tidak lama kemudian, kelihatan satu lembaga berpakaian putih berjalan dengan pantas dari arah bertentangan sebelum membongkok di tepi jalan. Bagaimanapun, mereka kelihatan tidak menyedari kewujudannya dan terus berjalan.
Kemunculan lembaga misteri tersebut telah menimbulkan kekecohan netizen di laman media sosial.
Ada yang percaya dan ada juga yang merasakan bahawa lembaga misteri itu adalah manusia biasa atau sesuatu di sekelilingnya.
Baca : Pelajar IPT Sanggup Tipu Pihak Berkuasa Kerana Nak Lepas Kena Tangkap Khalwat