Sekumpulan Lelaki Buat Challenge Makan Dalam Hujan Raih Perhatian Ramai
Tidak dapat dinafikan. Rakyat Malaysia cukup sinonim dengan kedai mamak. Tak kira waktu pagi, tengah hari atau malam, mesti akan ada pelanggan di kedai mamak.
Cakap pasal makanan di restoran mamak, sebut sahaja. Nak western, nak thai, nak masakan melayu, nasi kandar, nasi campur, semuanya ada. Cuma harga je kadang-kadang mengalahkan hotel.
Lepak makan dekat luar kedai lagi best sebab lebih terbuka dan kita pun bebas sikit nak bergelak ketawa ramai-ramai.
Namun, kalau tengah makan tiba-tiba hujan lebat memang spoiled lah kan? Seperti sebuah video yang tular ini apabila sekumpulan lelaki makan masa tengah hujan telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @bdkhumblejer, kelihatan geng lelaki itu sedang makan di sebuah kedai tomyam di tepi jalan.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila hujan tiba-tiba turun ketika mereka sedang menikmati makanan beramai-ramai.
Lebih mencuri tumpuan, mereka semua dilihat tidak berganjak daripada meja makan tersebut kerana membuat challenge siapa yang bangun dulu, dia kena bayar untuk semua orang. Maka, masing-masing selamba menghabiskan makanan dalam keadaan basah lencun.
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih banyak tontonan di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka dan ingin tahu akhirnya siapa yang bayar kesemua makanan itu.
Baca : Berjiran Dengan Warga Asing, Akhirnya Peperangan Meletus Raih Tumpuan Netizen