Selama 25 tahun gajah ini ditunggang pelancong inilah keadaannya yang terbaru lebih kurang macam tapir

Selama 25 tahun gajah ini ditunggang pelancong, inilah keadaannya yang terbaru, lebih kurang macam tapir

Seekor gajah kelihatan cacat setelah menghabiskan masa lebih 25 tahun dalam industri pelancongan di Thailand, di mana ia terpaksa mengangkut sehingga enam pelancong pada satu masa.

Beberapa gambar menunjukkan keadaan tulang belakang gajah yang sepatutnya membulat dan melengkung secara semula jadi tetapi menekuk dan tenggelam akibat beban kerja yang berulang.

Perubahan bentuk fizikal itu kebiasaannya berlaku ke atas gajah yang digunakan untuk tunggangan pelancong, demikian menurut Yayasan Rakan Hidupan Liar Thailand (WFFT).

Gajah bernama Pai Lin itu kini tinggal di pusat menyelamat hidupan liar terbesar di Thailand di mana ia boleh berkeliaran tanpa dirantai dan bebas menikmati alam semula jadi.

WFFT mengeluarkan gambar Pai Lin bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana gajah menderita apabila menjadi sebahagian daripada industri pelancongan.

Gajah digunakan untuk ‘trekking’ sering menghabiskan sepanjang hari dengan mengangkut mahout (pengendali), kumpulan pelancong dan howdah (tempat duduk) yang berat.

Tekanan berterusan pada badan gajah boleh merosakkan tisu dan tulang belakang, sekali gus mengakibatkan kerosakan fizikal yang tidak dapat dipulihkan. Belakang badan Pai Lin mempunyai parut kesan daripada titik tekanan yang lama.

Pengarah Projek di WFFT, Tom Taylor berkata: “ Walaupun gajah terkenal dengan kekuatan dan saiznya, punggungnya tidak direka secara semula jadi untuk menanggung beban berat kerana tulangnya yang memanjang ke atas.

“Tekanan berterusan pada tulang belakang gajah daripada pelancong boleh mengakibatkan kerosakan fizikal kekal, seperti yang boleh dilihat pada Pai Lin,” jelas Taylor.

Disifatkan sebagai ‘moyang’ tempat perlindungan gajah WFFT, Pai Lin kini berusia sekitar 71 tahun. Ia telah diselamatkan oleh WFFT pada 2007.

Terdapat kira-kira 3,000 gajah domestik di Thailand yang kebanyakannya bekerja dalam industri pelancongan atau pembalakan.

Sumber

Baca : Lelaki halau 4 ekor ‘penyewa’ dalam biliknya, kalau kucing boleh terima lagi, tak sangka haiwan ni yang masuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *